Translate

23 April 2025

Ringgit ditutup rendah berbanding dolar AS, kecuali mata wang utama



Ringgit ditutup rendah berbanding dolar AS, kecuali mata wang utama

Bernama

23/04/2025


Pada 6 petang, ringgit susut kepada 4.3880/3925 berbanding dolar AS daripada 4.3835/3905, semalam. - Gambar fail/Bernama


KUALA LUMPUR: Ringgit mengakhiri urus niaga Rabu dengan lebih rendah berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) yang terus mengukuh susulan peningkatan optimis terhadap prospek rundingan dagangan membabitkan Washington-Beijing, kata ahli ekonomi.

Pada 6 petang, ringgit susut kepada 4.3880/3925 berbanding dolar AS daripada 4.3835/3905, semalam.

Ketua Ahli Ekonomi Bank Muamalat Malaysia Bhd Dr Mohd Afzanizam Abdul Rashid berkata dolar AS mendapat rangsangan susulan komen Presiden Donald Trump yang memberi isyarat kemungkinan tarif dikurangkan jika China terbuka kepada rundingan.

Beliau berkata meskipun pasaran kewangan menerima isyarat itu secara positif, kesan sebenar ke atas dinamik perdagangan dan pergerakan mata wang akan turut bergantung kepada perkembangan konkrit rundingan itu.

"Perlu dilihat sama ada taktik sedemikian akan menghasilkan hasil yang disasarkan. Sekurang-kurangnya, ada tanda-tanda Presiden AS bersedia membuat konsesi dalam keadaan semasa yang buntu dan ini mendapat respons baik di peringkat pasaran kewangan," katanya kepada Bernama.

Mohd Afzanizam berkata setakat ini, penanda aras ekuiti di seluruh rantau Asia dan dagangan awal di Eropah juga memaparkan beberapa petunjuk positif.

"Indeks Dolar AS (DXY) mencatat pemulihan kecil apabila meningkat 0.22 peratus kepada 99.139 mata," katanya.

Di peringkat tempatan, ringgit diniagakan mengukuh berbanding mata wang utama.

Ini termasuk meningkat berbanding yen Jepun kepada 3.0925/0959 daripada 3.1206/1260 semalam, mengukuh berbanding pound Britain kepada 5.8457/8517 daripada 5.8590/8683 dan naik berbanding euro kepada 5.0102/0154 daripada 5.0362/0442.

Dalam pada itu, ringgit diniagakan bercampur-campur berbanding kumpulan mata wang ASEAN.

Berbanding dolar Singapura, ringgit meningkat kepada 3.3478/3515 daripada 3.3523/3579, naik berbanding baht Thailand kepada 13.1251/1457 daripada 13.1930/2212, rendah berbanding peso Filipina pada 7.75/7.77 daripada 7.73/7.75 dan turun berbanding rupiah Indonesia pada 260.0/260.5 daripada 259.9/260.5 semalam.

-- BERNAMA

Popular Posts - Last 7 days

Popular Posts - Last 30 days

Blog Archive

LIVE VISITOR TRAFFIC FEED

A visitor from Belfast viewed 'Wanita maut digilis lori selepas tercampak dari ke' 49 mins ago
A visitor from Makati city viewed 'A 17-year-old boy has been arrested over ​the hit-' 3 hrs 9 mins ago
A visitor from Shah alam viewed 'Zarina Anjoulie tayang buah dada | BEST FBKL' 3 hrs 21 mins ago
A visitor from Olongapo city viewed 'A 17-year-old boy has been arrested over ​the hit-' 3 hrs 35 mins ago
A visitor from Nizhniy novgorod viewed 'SOP Rentas Negeri Dalam Peringkat Akhir Sebelum Di' 3 hrs 44 mins ago
A visitor from Batu caves viewed 'Wanita Dalam Perjalanan Ke SPRM 'Hilang' | BEST FB' 4 hrs 33 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'Skim Penipuan BMI Seorang Lagi Individu Bergelar T' 4 hrs 58 mins ago
A visitor from Durham viewed 'Hevel praises teamates' support after scoring on M' 5 hrs 20 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'Tirai besi tidak halang impian bergelar doktor fal' 5 hrs 29 mins ago
A visitor from Batu caves viewed 'BEST FBKL' 6 hrs 19 mins ago