Translate

24 April 2025

Ringgit dibuka rendah berbanding dolar AS



Ringgit dibuka rendah berbanding dolar AS

Bernama

24/04/2025


Pada jam 8 pagi, mata wang tempatan turun kepada 4.3970/4100 berbanding dolar AS. - Gambar hiasan


KUALA LUMPUR: Ringgit dibuka rendah berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) menjejaki peningkatan dalam indeks dolar aS (DXY) susulan pasaran bertindak balas terhadap petunjuk bahawa Presiden AS Donald Trump mungkin akan mengubah pendirian mengenai dasar tarif.

Pada jam 8 pagi, mata wang tempatan turun kepada 4.3970/4100 berbanding dolar AS daripada 4.3880/3925 ketika ditutup pada Rabu.

DXY melonjak 0.95 peratus kepada 99.857 mata, manakala hasil Perbendaharaan AS dua tahun naik lima mata asas kepada 3.87 peratus.

Ketua Ahli Ekonomi Bank Muamalat Malaysia Bhd Mohd Afzanizam Abdul Rashid berkata pasaran dilihat reda kerana pentadbiran Trump memberi isyarat ia mungkin menurunkan tarif ke atas import China.

Beliau berkata langkah itu adalah usaha untuk membawa China kembali ke meja rundingan, walaupun ketidaktentuan mengenai dasar perdagangan terus meningkat.

"Sehubungan itu, dolar-ringgit US mungkin diniagakan dalam lingkungan RM4.39 hingga RM4.40 hari ini," katanya.

Di peringkat tempatan, ringgit didagangkan tinggi berbandin mata wang utama.

Unit tempatan naik berbanding yen Jepun kepada 3.0701/0796 daripada 3.0925/0959 ketika ditutup pada Rabu, menambah berbanding pound Britain kepada 5.8317/8490 daripada 5.8457/8517 dan melonjak berbanding euro kepada 4.9805/9952 daripada 5.0102/0154.

Sementara itu, mata wang tempatan diniagakan bercampur-campur berbanding mata wang negara ASEAN.

Ia menokok berbanding dolar Singapura kepada 3.3478/3515 daripada 3.3523/3579, naik berbanding baht Thailand kepada 13.0922/1403 daripada 13.1251/1457.

Bagaimanapun, ia turun berbanding peso Filipina kepada 7.77/7.80 daripada 7.75/7.77 dan merosot berbanding rupiah Indonesia kepada 260.5/261.5 daripada 260.0/260.5.

-- BERNAMA

Popular Posts - Last 7 days

Popular Posts - Last 30 days

Blog Archive

LIVE VISITOR TRAFFIC FEED

A visitor from Kuala lumpur viewed 'Netizen's Bewildered Its A Just a fine for stealin' 48 mins ago
A visitor from Brussels viewed 'Wanita maut digilis lori selepas tercampak dari ke' 1 hr 19 mins ago
A visitor from Virginia viewed 'Hevel praises teamates' support after scoring on M' 1 hr 52 mins ago
A visitor from Muar town viewed 'Mi tikus, nama ganjil tapi enak | BEST FBKL' 3 hrs 30 mins ago
A visitor from Batu caves viewed 'BEST FBKL' 4 hrs 14 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'Nasi Kerabu dan Nasi Dagang Viral MAK 3 Anak Gemuk' 4 hrs 31 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'Sindiket pengedaran dadah antarabangsa tumpas, pol' 4 hrs 48 mins ago
A visitor from Muscat viewed 'Sindiket pengedaran dadah antarabangsa tumpas, pol' 4 hrs 52 mins ago
A visitor from Shah alam viewed 'MPP nasihat semua ahli terima keputusan Pemilihan ' 5 hrs 1 min ago
A visitor from Petaling jaya viewed 'MPP nasihat semua ahli terima keputusan Pemilihan ' 5 hrs 1 min ago