Translate

24 April 2025

MCMC rakam percakapan individu dipercayai hina Nabi Muhammad, agama Islam



MCMC rakam percakapan individu dipercayai hina Nabi Muhammad, agama Islam

Bernama

24/04/2025


Sesi rakaman percakapan dan siasatan lanjut di IPD Iskandar Puteri, Johor pada 20 April. - Foto MCMC


CYBERJAYA: Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) telah merakam percakapan seorang individu yang memuat naik komen bersifat jelik melampau yang menghina Nabi Muhammad SAW dan agama Islam di laman aplikasi Facebook yang dipercayai milik lelaki itu.

MCMC dalam kenyataan hari ini memaklumkan rakaman percakapan lelaki berumur 63 tahun itu dijalankan dengan kerjasama Ibu Pejabat Polis Daerah Iskandar Puteri, Johor pada 20 April lepas.

MCMC berkata telefon bimbit berserta kad sim yang digunakan oleh lelaki itu untuk memuat naik komen telah disita bagi tujuan analisis forensik.

Kes disiasat di bawah seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 yang jika sabit kesalahan, individu berkenaan boleh dikenakan denda sehingga RM500,000 atau penjara maksimum sehingga dua tahun atau kedua-duanya sekali.

MCMC berkata dalam masa terdekat kertas siasatan akan dirujuk kepada Timbalan Pendakwa Raya di Jabatan Peguam Negara dan akan diberikan taklimat, bagi mendapatkan keputusan.

"MCMC tidak akan berkompromi dan bertolak-ansur dengan mana-mana pihak yang menyalahgunakan platform media sosial khususnya menyentuh isu 3R (agama, kaum, dan institusi diraja) yang berpotensi mengakibatkan ketegangan antara agama an mengganggu keharmonian masyarakat berbilang kaum di Malaysia.

"Orang ramai turut diingatkan untuk menggunakan media sosial secara beretika dan bertanggungjawab," menurut kenyataan.




-- BERNAMA

Popular Posts - Last 7 days

Popular Posts - Last 30 days

Blog Archive

LIVE VISITOR TRAFFIC FEED

A visitor from Kuala lumpur viewed 'Bekas Hakim Mahkamah Syariah, dan anggota polis be' 2 hrs 3 mins ago
A visitor from Perai viewed 'Multiple dead, injured' 3 hrs 27 mins ago
A visitor from Pulau pinang viewed 'Peguam Negara Dibenar Merayu Keputusan Mahkamah Ra' 6 hrs 3 mins ago
A visitor from Muar town viewed 'DUA BERANAK LAGAK SAMSENG TlBAl CASHIER | BEST FBK' 6 hrs 35 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'Gempa bumi bermagnitud 7.7 landa tengah Myanmar | ' 8 hrs 3 mins ago
A visitor from Pontianak viewed 'Konsert Di Istora Senayan, Indonesia Dihentikan De' 8 hrs 4 mins ago
A visitor from Kajang viewed 'DUA BERANAK LAGAK SAMSENG TlBAl CASHIER | BEST FBK' 8 hrs 21 mins ago
A visitor from Rawang viewed 'Multiple dead, injured' 8 hrs 24 mins ago
A visitor from Puchong batu dua belas viewed 'Tok Nan Dan Siti Kassim Bertikam Lidah Pasal Orang' 8 hrs 40 mins ago
A visitor from Kajang viewed 'Datuk Seri Najib Razak Kecewa Dengan Keputusan Mah' 9 hrs 5 mins ago