Translate

05 April 2025

Op Cyber Guardian: 4 ditahan, miliki lebih 50,000 bahan penganiayaan seksual kanak-kanak



Op Cyber Guardian: 4 ditahan, miliki lebih 50,000 bahan penganiayaan seksual kanak-kanak

Bernama

04/04/2025


Timbalan Ketua Polis Negara, Datuk Seri Ayob Khan ketika mengadakan Sidang Media Bersepadu Operasi Cyber Guardian di Ibu Pejabat Polis Bukit Aman hari ini. - Foto BERNAMA


KUALA LUMPUR: Empat individu termasuk seorang penjawat awam ditahan manakala lebih 50,000 bahan penganiayaan seksual kanak-kanak (CSAM) dirampas dalam Op Cyber Guardian yang dijalankan antara 24 Feb hingga 28 Mac lepas di beberapa lokasi di Selangor dan Pulau Pinang.

Timbalan Ketua Polis Negara Datuk Seri Ayob Khan Mydin Pitchay berkata operasi berkenaan dijalankan secara bersepadu dengan pihak berkuasa beberapa negara termasuk Jepun, Hong Kong, Korea Selatan, Thailand, dan Singapura.

"Di Malaysia, operasi dilakukan di Kajang, Ampang Jaya, Petaling Jaya serta Shah Alam di Selangor dengan empat tangkapan dilakukan termasuk melibatkan seorang penjawat awam, manakala di Pulau Pinang di kawasan Timur Laut.

"Operasi melibatkan 46 pegawai dan anggota Polis Diraja Malaysia (PDRM) dibantu Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) serta bantuan teknikal Unit Anjing Pengesan K9 PDRM bagi tujuan mengesan peranti elektronik.

Beliau berkata individu ditahan berusia lingkungan 26 hingga 49 tahun dan mereka bekerja sebagai akauntan, pereka web dan 'protege' di sebuah syarikat telekomunikasi.

Ayob Khan berkata siasatan awal mendapati kesemua individu berkenaan menggunakan peranti elektronik secara dalam talian bagi mengakses dan mendapatkan bahan CASM secara rakan ke rakan (p2p) sebelum berkongsi bahan itu melalui kumpulan Telegram, selain turut menyimpannya untuk diri sendiri.

Beliau berkata kebanyakan bahan pornografi CASM terbabit dimuat turun dan disimpan dalam peranti elektronik seperti cakera keras, telefon bimbit, komputer, komputer riba dan tablet.

"Kes disiasat di bawah Akta Kanak-Kanak 2001, Akta Kesalahan-Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017, Kanun Keseksaan dan undang-undang lain yang berkuat kuasa.

"Empat kertas siasatan telah dibuka di bawah Seksyen 10 Akta Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017 bagi kesalahan mengakses CASM dan Seksyen 293 Kanun Keseksaan bagi kesalahan memiliki bahan-bahan lucah," katanya.

Ayob Khan berkata seorang daripada suspek telah dituduh di Petaling Jaya baru-baru ini bawah Seksyen 292 Kanun Keseksaan dan didenda RM3,000 setelah mengaku bersalah atas kesalahan itu, namun suspek masih akan dituduh di bawah Seksyen 10 Akta Kesalahan Seksual Terhadap Kanak kanak 2017.

"Di Shah Alam, seorang lagi suspek didenda RM6,000 setelah mengaku bersalah di bawah seksyen yang sama, manakala dua lagi kertas siasatan masih menunggu laporan forensik," katanya.

Sebelum ini, Ayob Khan memaklumkan secara keseluruhan, operasi melibatkan enam negara itu berjaya menahan 435 individu yang terlibat dalam jenayah mengedar bahan CASM bermula 24 Feb hingga 28 Mac.

-- BERNAMA

Popular Posts - Last 7 days

Popular Posts - Last 30 days

Blog Archive

LIVE VISITOR TRAFFIC FEED

A visitor from Petaling jaya viewed 'AKPS perlu masa penyesuaian untuk laksana fungsiny' 1 hr 13 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'List of The Yang Di-Pertuan Agong's | BEST FBKL' 1 hr 28 mins ago
A visitor from Dublin viewed 'Isu kenaikan ETAP petugas kesihatan dijangka dimuk' 1 hr 33 mins ago
A visitor from Edison viewed 'Isu kenaikan ETAP petugas kesihatan dijangka dimuk' 1 hr 34 mins ago
A visitor from Aptos viewed 'KKM pantau rapi tarif baharu AS, fokus peranti per' 1 hr 34 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'JDT Lakar 'Quadruple' Ketiga Berturut-Turut | BEST' 1 hr 36 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'Polis tahan enam lelaki selesai kes tembak kurang ' 1 hr 42 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'Misteri Bau Busuk Bongkar pembunuhan ibu saudara, ' 2 hrs 11 mins ago
A visitor from Batu caves viewed 'Wanita Pandu Kereta Lawan Arus Ditahan Polis | BES' 2 hrs 17 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'Misteri Bau Busuk Bongkar pembunuhan ibu saudara, ' 2 hrs 29 mins ago