Translate

04 April 2025

Op HRA 2025: Lebih 400 notis saman dikeluarkan kepada pemandu bas - JPJ



Op HRA 2025: Lebih 400 notis saman dikeluarkan kepada pemandu bas - JPJ

Bernama

04/04/2025


Sebanyak 467 notis saman pelbagai kesalahan membabitkan pemandu bas dikesan JPJ menerusi Op Hari Raya (Op HRA) 2025 sejak 24 Mac lepas. - Foto BERNAMA


KOTA BHARU: Sebanyak 467 notis saman pelbagai kesalahan membabitkan pemandu bas dikesan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) menerusi Op Hari Raya (Op HRA) 2025 sejak 24 Mac lepas.

Pengarah Kanan Penguatkuasa JPJ Muhammad Kifli Ma Hassan berkata daripada jumlah itu sebanyak 111 saman dikeluarkan untuk kesalahan utama, diikuti berkaitan kenderaan perkhidmatan (110), teknikal (60), lesen (46), pelesenan kenderaan (42) dan lain-lain kesalahan (98).

"Selain itu, menerusi 245 penyamaran yang dijalankan, sebanyak 198 notis saman dikeluarkan kepada pemandu bas.

"Antara kesalahan dilakukan termasuklah melakukan pelanggaran etika seperti penggunaan telefon bimbit ketika memandu dan pemanduan melebihi empat jam tanpa kehadiran pemandu kedua," katanya kepada pemberita selepas Op HRA 2025 di Terminal Bas Lembah Sireh, di sini semalam.

Muhammad Kifli berkata pihaknya juga telah memeriksa 8,173 bas di 54 depoh dan 28 terminal utama di seluruh negara.

"Pelaksanaan aktiviti pemantauan dan pemeriksaan secara berterusan terhadap operasi bas ini bagi memastikan kelancaran perkhidmatan pengangkutan awam serta meningkatkan tahap keselamatan jalan raya," katanya.

Beliau berkata dalam usaha memastikan kompetensi dan sikap berhemah pemandu bas, JPJ juga bekerjasama dengan Agensi Antidadah Kebangsaan untuk melaksanakan ujian saringan air kencing.

"Sebanyak 947 pemandu bas telah diuji, dengan dua pemandu gagal melepasi ujian saringan tersebut selepas didapati positif dadah jenis methamphetamine dan syabu.

"JPJ terus memberi komitmen dalam menguatkuasakan peraturan dan mengambil tindakan tegas terhadap mana-mana syarikat, pemilik dan pemandu bas yang didapati melanggar undang-undang," katanya.

-- BERNAMA

Popular Posts - Last 7 days

Popular Posts - Last 30 days

Blog Archive

LIVE VISITOR TRAFFIC FEED

A visitor from Singapore viewed 'Lapan parti layak guna masa si' 7 mins ago
A visitor from Yenimahalle viewed 'Video of Passenger in Car Speeding at 312 K,/h - V' 57 mins ago
A visitor from Wakefield viewed 'Agong berkenan terima watikah lantikan lapan perwa' 3 hrs 14 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'Zarina Anjoulie tayang buah dada | BEST FBKL' 3 hrs 44 mins ago
A visitor from Ipoh viewed 'The sudden passing of Lawyer Datuk Wong Rhen Yen i' 4 hrs 3 mins ago
A visitor from Shah alam viewed 'Tukang jahit tidak sangka jadi 'jutawan segera' me' 4 hrs 43 mins ago
A visitor from Ohio viewed 'BEST FBKL' 5 hrs 22 mins ago
A visitor from Batu caves viewed 'Mahkamah Beri Kebenaran Kepada Muhyiddin Ke Austra' 5 hrs 53 mins ago
A visitor from Oslo viewed 'Ex-judge accused of harboring alleged Tren de Arag' 5 hrs 58 mins ago
A visitor from Oslo viewed 'Intai wanita di tandas awam, penganggur dipenjara ' 6 hrs 7 mins ago