Translate

23 April 2025

Malaysia-Turkiye perkukuh kerjasama bidang tenaga - Fadillah



Malaysia-Turkiye perkukuh kerjasama bidang tenaga - Fadillah

Bernama

23/04/2025


Fadillah bertemu dengan Bayraktar di Ankara pada Selasa. - Gambar/ Bernama


ISTANBUL: Malaysia dan Turkiye mahu mempertingkatkan pertukaran Surat Hasrat berkaitan kerjasama sektor tenaga, khususnya tenaga boleh baharu dan nuklear bagi tujuan bekalan tenaga, kepada Memorandum Persefahaman, kata Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Fadillah Yusof.

Beliau yang juga Menteri Peralihan Tenaga dan Transformasi Air berkata justeru, usaha itu akan mengorak laluan untuk pembentukan kerjasama antara pegawai peringkat tertinggi serta pembuat dasar Malaysia dan Turkiye.

Fadillah berkata hasrat Kuala Lumpur dan Ankara itu antara perkara yang dibincangkan semasa pertemuan dengan Menteri Tenaga dan Sumber Asli Turkiye Alparslan Bayraktar di Ankara pada Selasa.

"Insya-Allah, kita secara bersama sedang meningkatkan supaya daripada Surat Hasrat ini, ia menjadi satu Memorandum Persefahaman," katanya kepada Bernama di sini, lewat malam tadi.

Antara yang hadir pada pertemuan dengan Bayraktar ialah Duta Besar Malaysia ke Turkiye Sazali Mustafa Kamal, Timbalan Ketua Setiausaha (Tenaga) Kementerian Peralihan Tenaga dan Transformasi Air (PETRA) Mareena Mahpudz dan Ketua Pegawai Tenaga Baharu TNB, Mohd Zarihi Mohd Hashim.

Pertukaran Surat Hasrat antara kerajaan Malaysia dan Turkiye itu dilakukan semasa lawatan rasmi Presiden Recep Tayyip Erdogan ke Malaysia pada 10 dan 11 Februari lepas.

"Perkara ketiga adalah daripada segi peraturan, amalan perdagangan tenaga yang dilaksanakan sekarang di Eropah, cara mereka mengendalikan perdagangan tenaga ataupun penjanaan tenaga.

"Keempat adalah perspektif kawal selia untuk pengurusan eksport dan import tenaga, kepakaran termasuk sistem grid, pengagihan dan sebagainya," katanya.

Fadillah kini berada di Turki untuk lawatan kerja dua hari sejak semalam, sebelum mengetuai delegasi Malaysia ke Sidang Kemuncak mengenai Masa Depan Keterjaminan Tenaga pada 24 hingga 25 April di London anjuran Agensi Tenaga Antarabangsa (IEA) dan kerajaan United Kingdom (UK).

Menurut PETRA kehadiran Timbalan Perdana Menteri merupakan satu pengiktirafan terhadap komitmen, peranan dan pencapaian Malaysia dalam menghadapi pelbagai isu berkaitan tenaga khusunya keterjaminan bekalan dan peralihan tenaga.

-- BERNAMA

Popular Posts - Last 7 days

Popular Posts - Last 30 days

Blog Archive

LIVE VISITOR TRAFFIC FEED

A visitor from Belfast viewed 'Wanita maut digilis lori selepas tercampak dari ke' 1 hr 56 mins ago
A visitor from Makati city viewed 'A 17-year-old boy has been arrested over ​the hit-' 4 hrs 16 mins ago
A visitor from Shah alam viewed 'Zarina Anjoulie tayang buah dada | BEST FBKL' 4 hrs 28 mins ago
A visitor from Olongapo city viewed 'A 17-year-old boy has been arrested over ​the hit-' 4 hrs 42 mins ago
A visitor from Nizhniy novgorod viewed 'SOP Rentas Negeri Dalam Peringkat Akhir Sebelum Di' 4 hrs 51 mins ago
A visitor from Batu caves viewed 'Wanita Dalam Perjalanan Ke SPRM 'Hilang' | BEST FB' 5 hrs 40 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'Skim Penipuan BMI Seorang Lagi Individu Bergelar T' 6 hrs 5 mins ago
A visitor from Durham viewed 'Hevel praises teamates' support after scoring on M' 6 hrs 28 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'Tirai besi tidak halang impian bergelar doktor fal' 6 hrs 36 mins ago
A visitor from Batu caves viewed 'BEST FBKL' 7 hrs 27 mins ago