Translate

04 September 2021

SOP Rentas Negeri Dalam Peringkat Akhir Sebelum Dikemukakan Kepada MKN - KJ

Khairy Jamaluddin Abu Bakar

KJ minta rakyat Malaysia bersabar untuk aktiviti rentas negeri

Astro Awani
3/9/2021

PUTRAJAYA: Rakyat Malaysia diminta bersabar untuk melakukan aktiviti rentas negeri bagi menziarahi keluarga masing-masing, kata Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin Abu Bakar.

Khairy berkata, pihaknya dalam peringkat akhir memuktamadkan prosedur operasi standard (SOP) rentas negeri sebelum dikemukakan kepada Majlis Keselamatan Negara (MKN).

"Ada harapan (rentas negeri), cuma saya minta sabar sekejap," katanya seperti dilaporkan Sinar Harian.

Beliau berkata demikian pada sidang akhbar di kementeriannya di sini pada Jumaat.

Khairy menjelaskan, perbincangan telah dilakukan dengan Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah bagi tujuan tersebut.

"Kita semua maklum bahawa pembukaan sempadan negeri untuk pergerakan bakal mengundang risiko, berikan tempoh sikit lagi," katanya lagi.

Menurutnya, terdapat beberapa negeri yang masih rendah nilai ambang vaksinasi seperti Sabah, Kelantan, Perak, Kedah, Johor, Terengganu, Pahang dan Pulau Pinang.

Katanya, menjelang akhir September, semua negeri akan mencapai liputan dos vaksin lengkap dalam kalangan individu dewasa sebanyak 60 peratus.

Kali terakhir rakyat menikmati kelonggaran rentas negeri adalah pada penghujung tahun lalu sebelum larangan dikuatkuasakan pada 11 Januari tahun ini.

Pada perkembangan sama, Khairy telah mengarahkan makmal-makmal Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) dan Kementerian Teknologi Sains dan Inovasi (MOSTI) untuk menjalankan penjujukan genom terhadap kes import bagi mengesan kehadiran varian baharu, dikenali sebagai Mu.

"Kalau ada kes import, kita kena buat penjujukan genom untuk pastikan ia bukan varian Mu," katanya.

Dalam pada itu, beliau berkata, setakat ini negara tidak melaporkan sebarang kes berkaitan varian tersebut.

"Setiap orang boleh balik ke Malaysia dan kita jalankan prosedur seperti biasa," katanya.

Isnin lalu, Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) menetapkan varian Mu, juga dikenal sebagai B.1.621, sebagai varian mempunyai kepentingan (VOI), tahap kedua tertinggi dalam klasifikasi variannya.

Varian tersebut mendominasi negara Columbia dan telah tersebar ke 40 buah negara dengan terbaharu Jepun turut melaporkan kes positif pertama varian Mu pada Khamis.

Sumber: Astro Awani
https://www.astroawani.com/berita-malaysia/kj-minta-rakyat-malaysia-bersabar-untuk-aktiviti-rentas-negeri-317665




Popular Posts - Last 7 days

Popular Posts - Last 30 days

Blog Archive

LIVE VISITOR TRAFFIC FEED

A visitor from Florida viewed '4 School boys caught for throwing stones at passin' 58 secs ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'BEST FBKL'S Top Ramadan Buka Puasa Buffet 2025 - i' 4 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'Botol 'Kembali Dara' 'Ladies Collagen' Rupanya Dad' 18 mins ago
A visitor from Alabama viewed 'A band of robbers picked the wrong man to mess wit' 28 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'Botol 'Kembali Dara' 'Ladies Collagen' Rupanya Dad' 31 mins ago
A visitor from Oslo viewed 'Polis rujuk tiga kertas siasatan 'doktor tidak sen' 43 mins ago
A visitor from Washington viewed 'The Kuala Lumpur Mayor’s Tourism Awards (KLMTA) 20' 51 mins ago
A visitor from Indiana viewed 'MANNY PACQUIAO & LUCAS MATTHYSSE COME FACE TO FACE' 54 mins ago
A visitor from Oslo viewed 'Pembinaan 12 set tren baharu untuk Komuter Utara d' 59 mins ago
A visitor from Amsterdam viewed 'BEST FBKL' 59 mins ago