Translate

28 September 2021

James Jemut Masing Positif Covid-19, Kini Dirawat Di Hospital Umum Sarawak (HUS)

Tan Sri James Jemut Masing

James Jemut Masing positif COVID-19, kini dirawat di HUS

Astro Awani
28/9/021

KUCHING: Timbalan Ketua Menteri Sarawak, Tan Sri James Jemut Masing dimasukkan ke wad unit rawatan rapi (ICU) Hospital Umum Sarawak selepas disahkan positif COVID-19.

Perkara itu disahkan Masing secara ringkas kepada Astro AWANI pada Selasa.

"Ya, saya disahkan positif COVID-19 hari ini. Saya mengalami gejala demam, selesema sebelum menjalani ujian RT-PCR dan disahkan positif," katanya ketika dihubungi menerusi aplikasi WhatsApp.

Untuk rekod Masing yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Baleh telah lengkap menerima dua dos vaksin COVID-19.

Dalam pada itu beliau turut mengingatkan masyarakat agar sentiasa mematuhi SOP ketika berada di kawasan umum dan memandang serius mengenai COVID-19.

“Tolong ikut SOP di mana saja anda berada, segara dapatkan vaksin," katanya.

Popular Posts - Last 7 days

Popular Posts - Last 30 days

Blog Archive

LIVE VISITOR TRAFFIC FEED

A visitor from Kuala lumpur viewed 'Pope Francis Breaks Tradition With Final Wish; Pon' 5 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed '2 Wanita Direman Urus Proses Beli Bayi, Sedia Siji' 39 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'Pelakon Pukul Kekasih - Polis Buka Kertas Siasatan' 42 mins ago
A visitor from Shah alam viewed 'Cops nab another 'Tan Sri' over MBI investment sca' 46 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'Cops nab another 'Tan Sri' over MBI investment sca' 47 mins ago
A visitor from Labuan viewed 'Emas ditutup tinggi ketika kebimbangan meningkat m' 50 mins ago
A visitor from Shah alam viewed 'Cops nab another 'Tan Sri' over MBI investment sca' 50 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'Pope Francis Breaks Tradition With Final Wish; Pon' 57 mins ago
A visitor from Batu caves viewed 'BEST FBKL' 57 mins ago
A visitor from Oslo viewed 'Cerita perang dagang, kerjasama halal dan TVET | B' 59 mins ago