Translate

28 September 2021

Gangguan Bekalan Air Berjadual Di Lima Kawasan Di Hulu Langat - Air Selangor



Gangguan bekalan air berjadual di lima kawasan di Hulu Langat - Air Selangor

BERNAMA
28/9/2021

KUALA LUMPUR, 28 Sept -- Beberapa kawasan di Wilayah Hulu Langat akan mengalami gangguan bekalan air berjadual berikutan kerja-kerja penyenggaraan penggantian injap di Taman Sri Indah Balakong, Inlet Cheras dan hadapan The Mines pada 9 malam ini.

Ketua Komunikasi Korporat Pengurusan Air Selangor Sdn Bhd (Air Selangor) Elina Baseri berkata kawasan terjejas melibatkan Balakong; Green Park Resident; SL 6, SL9, SL10 dan SL 11 di Bandar Sungai Long; Taman Bukit Palma; serta Jalan Putera, Jalan Puteri, Jalan Bendahara dan Jalan Mahkota di Bandar Mahkota Cheras.

“Kerja-kerja ini dijangka akan siap pada jam 6 pagi, Rabu. Berikutan itu, bekalan air akan mula disalurkan secara berperingkat-peringkat dan dijangka pulih sepenuhnya pada 6 pagi, Khamis,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Beliau berkata tempoh masa gangguan dan pemulihan bekalan air di kawasan-kawasan terjejas adalah berbeza bergantung kepada jarak lokasi premis pengguna dan tekanan air pada sistem agihan bekalan air.

Menurutnya, Air Selangor akan menyediakan bantuan air alternatif ke premis-premis kritikal seperti hospital, pusat dialisis, Pusat Kuarantin dan Rawatan COVID-19 (PKRC) dan pusat pemberian vaksin (PPV) serta untuk upacara pengkebumian.

Maklumat lanjut boleh didapati melalui semua saluran komunikasi rasmi seperti aplikasi Air Selangor, Facebook, Instagram dan Twitter atau Pusat Perhubungan Air Selangor di talian 15300.

Pengguna juga boleh merujuk kepada pautan hentitugas.airselangor.com.

Popular Posts - Last 7 days

Popular Posts - Last 30 days

Blog Archive

LIVE VISITOR TRAFFIC FEED

A visitor from Kuala lumpur viewed 'BARA NAGA | Co' 22 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'Search results for Syed Yazid presiden' 31 mins ago
A visitor from Jambi viewed 'Wanita menari separuh bogel cemar imej Batu Fering' 33 mins ago
A visitor from Petaling jaya viewed 'Federal Government approves RM16.45bil to develop ' 38 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'Rupanya Mat Motor Tiga Orang Tu PoIis | BEST FBKL' 40 mins ago
A visitor from Shah alam viewed 'Sin Chew Daily today apologised for the mistake of' 47 mins ago
A visitor from Subang jaya viewed 'BEST FBKL' 1 hr 6 mins ago
A visitor from Hemel hempstead viewed 'ASTON VILLA & DORTMUND SHOCK PSG AND BARCELONA BUT' 1 hr 40 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'Selepas 30 April Tiada Maaf Bagi Mu - Amaran Perke' 1 hr 46 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'Bersatu deputy information chief Dato Sri Ali Moha' 1 hr 48 mins ago