Translate

28 September 2021

Pertambahan 258 Kematian, 75 Brought In Death (BID)

Status COVID-19 di Malaysia setakat 27 September 2021.


COVID-19: Pertambahan 258 kematian, 75 BID

Astro Awani
28/9/2021

KUALA LUMPUR: Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) melaporkan sejumlah 258 kematian baharu akibat jangkitan COVID-19 setakat tengah malam tadi.

Ini menjadikan jumlah keseluruhan kematian disebabkan wabak itu kepada 25,695 kes, iaitu 1.15 peratus daripada 2,204,381 kes positif COVID-19 yang dikesan di negara ini.

Menurut data KKM di portal COVIDNOW, sejumlah 75 daripada 278 kes kematian yang dilaporkan berlaku di luar hospital (brought-in-dead atau BID).

Bagaimanapun, jumlah kematian yang dilaporkan itu turut merangkumi sejumlah kes tertunggak dengan ada antara kes meninggal dunia beberapa mingu lalu.

Tunggakan kes itu berlaku kerana proses bagi mengesahkan sama ada pesakit COVID-19 meninggal dunia akibat wabak itu, memakan masa.

Portal GitHub menunjukkan hanya empat kes kematian dilaporkan berlaku semalam, namun angka itu boleh berubah sekiranya terdapat kes kematian yang masih belum dikemas kini.

Berdasarkan purata jumlah kes kematian harian sebenar selama tujuh hari, trend kematian pesakit COVID-19 menunjukkan penurunan selaras peningkatan jumlah populasi lengkap divaksin serta yang menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin.

Setakat semalam, sejumlah 60.6 peratus daripada keseluruhan populasi negara sudah menerima dos lengkap vaksin COVID-19 dan 70.5 peratus pula mendapat sekurang-kurangnya satu dos.

Daripada 258 kes kematian yang dilaporkan semalam, 56 daripadanya adalah di Selangor, disusuli Johor (53), Kedah (46), Kuala Lumpur (25),Pulau Pinang (21), Sarawak (19), Sabah (12), Kelantan, Perak dan Pahang masing-masing (5),Terengganu dan Melaka (4), Perlis (2) serta Negeri Sembilan (1).

Negeri dan wilayah yang mencatatkan sifar kes kematian semalam adalah Labuan dan Putrajaya.

Sumber: Astro Awani
https://www.astroawani.com/berita-malaysia/covid19-pertambahan-258-kematian-75-bid-322176


Popular Posts - Last 7 days

Popular Posts - Last 30 days

Blog Archive

LIVE VISITOR TRAFFIC FEED

A visitor from Kuala lumpur viewed 'BARA NAGA | Co' 22 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'Search results for Syed Yazid presiden' 31 mins ago
A visitor from Jambi viewed 'Wanita menari separuh bogel cemar imej Batu Fering' 33 mins ago
A visitor from Petaling jaya viewed 'Federal Government approves RM16.45bil to develop ' 38 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'Rupanya Mat Motor Tiga Orang Tu PoIis | BEST FBKL' 40 mins ago
A visitor from Shah alam viewed 'Sin Chew Daily today apologised for the mistake of' 47 mins ago
A visitor from Subang jaya viewed 'BEST FBKL' 1 hr 6 mins ago
A visitor from Hemel hempstead viewed 'ASTON VILLA & DORTMUND SHOCK PSG AND BARCELONA BUT' 1 hr 40 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'Selepas 30 April Tiada Maaf Bagi Mu - Amaran Perke' 1 hr 46 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'Bersatu deputy information chief Dato Sri Ali Moha' 1 hr 48 mins ago