Translate

30 September 2021

Kenyataan Penuh DG Kesihatan - Situasi Semasa Jangkitan Penyakit Coronavirus 2019 (COVID-19) di Malaysia | 29 September

Noor Hisham Abdullah

 

Kenyataan Akhbar KPK 30 September 2021 – Situasi Semasa Jangkitan Penyakit Coronavirus 2019 (COVID-19) di Malaysia

SITUASI SEMASA JANGKITAN PENYAKIT

CORONAVIRUS 2019 (COVID-19) DI MALAYSIA

30 SEPTEMBER 2021

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) ingin memaklumkan status terkini kes COVID-19 di Malaysia sehingga 30 September 2021 (jam 12:00 tengah hari);

  • Kes sembuh : 17,725 kes (2,054,824 kes kumulatif, 91.5%);
  • Kes baharu : 12,735 kes (2,245,695 kes kumulatif);
  • Kes import : 17 kes (9 warganegara; 8 bukan warganegara);
  • Kes tempatan : 12,718 kes [11,842 warganegara (93.1%);  876 bukan warganegara (6.9%)];
  • Kes yang memerlukan rawatan di Unit Rawatan Rapi (ICU): 924 kes (849 kes COVID-19; 75 kes suspected, probable, dan kes dalam siasatan);
  • Kes memerlukan bantuan pernafasan : 512 kes (387 kes COVID-19; 125 kes suspected, probable, dan kes dalam siasatan);
  • Jumlah kluster : 5,477 kluster;
  • Jumlah kluster baharu : 15 kluster;
  • Jumlah kluster yang telah tamat : 4,389 kluster; dan
  • Jumlah kluster aktif : 1,088 kluster.

Daripada 12,735 kes harian yang dilaporkan pada hari ini,

  • 220 kes (1.7 peratus) adalah kategori 3, 4, dan 5; dan
  • 12,515 kes (98.3 peratus) lagi adalah terdiri daripada kategori 1 dan 2.

Perincian jumlah dan purata kes mengikut negeri, kluster-kluster baharu, dan  nilai RT mengikut negeri adalah seperti di Lampiran 1, 2, 3, dan 4 yang disertakan bersama kenyataan media ini. Data kematian dan data-data lain bagi situasi semasa jangkitan COVID-19 di Malaysia akan dimuatnaik ke laman GitHub dan laman web COVIDNOW di https://covidnow.moh.gov.my.

KEMUDAHAN SUAMI ATAU WARIS KELUARGA TERDEKAT MENEMANI ISTERI SEMASA PROSES KELAHIRAN DI WAD BERSALIN HOSPITAL KKM

Untuk makluman, semua hospital KKM merupakan Hospital Rakan Bayi (Baby Friendly Hospital). Melalui inisiatif ini, hospital menggalakkan sama ada suami ataupun ahli keluarga terdekat untuk menemani isteri semasa proses kelahiran. Ini adalah kerana proses kelahiran memerlukan sokongan yang kuat dari aspek emosi dan fizikal. Inisiatif ini juga bergantung kepada polisi di setiap hospital dengan mengambil kira aspek keselamatan, privasi pesakit serta situasi semasa di dalam bilik bersalin.

Semasa peningkatan jangkitan COVID-19, pihak hospital berusaha untuk mengurangkan kesesakan di premis-premis kesihatan KKM. Salah satu daripada langkah yang diambil adalah dengan tidak membenarkan suami masuk ke bilik bersalin. Tujuan utama adalah bagi mengekang penularan jangkitan COVID-19 khususnya dalam kalangan golongan berisiko tinggi seperti kumpulan ibu hamil dan kanak-kanak.

Berikutan suasana pandemik negara yang mula menunjukkan tanda-tanda positif dan peningkatan kadar vaksinasi, sukacita dimaklumkan, berkuatkuasa 4 Oktober 2021, KKM telah membenarkan para suami atau ahli keluarga terdekat keluarga terdekat untuk menemani ibu hamil semasa bersalin dengan mematuhi kriteria yang ditetapkan iaitu;

  1. Suami atau ahli keluarga terdekat telah menerima dos vaksin lengkap COVID-19 iaitu;
    • 14 hari selepas dos kedua bagi vaksin jenis dua (2) dos seperti Pfizer, Sinovac, dan Astra Zeneca; atau
    • 28 hari selepas menerima vaksin jenis satu (1) dos seperti CanSino dan Johnson & Johnson.
  2. Ahli keluarga terdekat perlu menjalani ujian pengesanan COVID-19 (RT-PCR atau RTK-Ag) di mana-mana fasiliti kesihatan atau makmal swasta dalam tempoh 72 jam dan keputusan ujian hendaklah dibawa bersama sebelum menemani ibu hamil di Wad Bersalin. Suami atau ahli keluarga terdekat juga perlu mengehadkan pergerakan mereka selepas menjalani ujian RT-PCR atau RTK-Ag; ATAU
  3. Ahli keluarga terdekat boleh membeli Kit Ujian Kendiri COVID-19 yang telah mendapat kelulusan dari Pihak Berkuasa Peranti Perubatan (MDA) dan membawanya ke hospital bagi menjalani ujian pengesanan kendiri COVID-19 di tempat saringan yang disediakan di hospital dengan dipantau dan disahkan oleh anggota kesihatan yang bertugas.

Selain itu, para suami dan ahli keluarga terdekat yang menemani para ibu hamil ini juga diingatkan untuk sentiasa mengamalkan pematuhan Prosedur Operasi Standard (SOP) sepanjang menemani ibu hamil ini. Ini kerana mereka merupakan golongan berisiko tinggi yang perlu sentiasa dilindungi. KKM berharap masyarakat terutama ibu hamil serta suami dan keluarga dapat mengambil manfaat daripada kemudahan yang telah diberikan ini. 

Surat arahan Timbalan Ketua Pengarah Kesihatan (Perubatan) bertarikh 28 September 2021 mengenai pelaksanaan inisiatif ini telah diedarkan kepada semua Pengarah Kesihatan Negeri untuk pelaksanaan mulai 4 Oktober 2021. Ini bagi memberi ruang kepada pihak hospital untuk menjalankan persediaan yang diperlukan.

NASIHAT KESIHATAN BERKAITAN COVID-19

KKM ingin menasihati orang ramai termasuk individu-individu yang telah menerima vaksin COVID-19 agar terus mematuhi saranan serta nasihat-nasihat kesihatan yang sering ditekankan iaitu;

  • Elakkan 3S: (elakkan kawasan yang sesak, sempit dan sembang dengan jarak yang dekat).
  • Amalkan 3W: (Amalkan Wash, Wear dan Warn).
  • Sentiasa memakai pelitup muka di kawasan awam yang tertutup. Pemakaian pelitup muka berganda adalah digalakkan.

Patuhlah kepada S.O.P sebagai norma baharu dan dapatkan vaksin COVID-19 bagi mengurangkan risiko jangkitan yang serius, bilangan kes kematian sekaligus membina imuniti kelompok. Dengan pengambilan vaksin, kita dapat melindungi orang di sekeliling daripada kemungkinan jangkitan COVID-19. Dengan imuniti kelompok yang terbentuk, kumpulan yang belum layak diberi imunisasi seperti kanak-kanak dapat dilindungi. Perlindungan untuk semua bermula daripada diri kita.

KKM akan terus memantau perkembangan kejadian jangkitan di dalam negara, dan juga luar negara melalui maklumat yang diperolehi daripada pihak WHO. KKM akan memastikan langkah pencegahan dan kawalan yang sewajarnya dilaksanakan secara berterusan.

Sekian, terima kasih.

TAN SRI DATO’ SERI DR. NOOR HISHAM ABDULLAH

KETUA PENGARAH KESIHATAN MALAYSIA

30 September 2021 @ 6:00 petang.

LAMPIRAN 1

BILANGAN KES COVID-19

MENGIKUT NEGERI DI MALAYSIA

(SEHINGGA 30 SEPTEMBER 2021, JAM 12:00 TENGAH HARI)

NEGERIPURATA KES 7 HARI*KADAR INSIDEN **BILANGAN KES BAHARU (    ) ***BILANGAN KES KUMULATIF
SARAWAK2,70091.632,487209,624
SELANGOR1,63323.961,940 (4)677,662
JOHOR1,38434.791,241 (2)195,845
KELANTAN1,09154.601,232115,308
SABAH99124.10993 (5)197,973
PULAU PINANG93451.13763130,209
PERAK92051.88913102,229
KEDAH78234.011,033134,835
PAHANG67925.80697 (1)64,717
TERENGGANU67250.9772655,645
MELAKA32833.7319458,345
WP KUALA LUMPUR25613.30258 (4)186,060
NEGERI SEMBILAN14412.28132 (1)97,244
PERLIS5821.74973,892
WP PUTRAJAYA2525.92286,144
WP LABUAN32.4619,963
MALAYSIA12,59936.8012,735 (17)2,245,695

*Tidak termasuk kes import A (luar negara) dan di Penjara/Lokap/Depot Tahanan Imigresen (DTI)

 **Purata kes 7 hari bagi setiap 100,000 penduduk

***Kes import

 LAMPIRAN 2

Perincian 12,735 kes positif COVID-19 baharu yang dilaporkan di Malaysia pada 30 September 2021 mengikut jenis saringan adalah seperti berikut: 

NEGERIJUMLAH KESKLUSTERKONTAK RAPATIMPORT A*LAIN-LAIN
SARAWAK2,487251,313– 1,149
SELANGOR1,9401129014923
JOHOR1,2411076142518
KELANTAN1,23229798 –405
KEDAH1,03338584 –411
SABAH993134925483
PERAK91381399 –433
PULAU PINANG76315267 –481
TERENGGANU7265568 –153
PAHANG697311302183
WP KUALA LUMPUR25831064145
MELAKA1942276 –96
NEGERI SEMBILAN132273156
 PERLIS9738 –59
WP PUTRAJAYA2821 –7
WP LABUAN11 –
JUMLAH KESELURUHAN12,7357646,552175,402

Import A merujuk kepada kes penularan dari luar negara

LAMPIRAN 3

KLUSTER-KLUSTER BAHARU YANG DILAPORKAN DI MALAYSIA PADA 30 SEPTEMBER 2021

NONAMA KLUSTERKATEGORI KLUSTERNEGERIDAERAHJUMLAH KESJUMLAH DISARING
1Industri Batu 21 Jalan PontianTempat KerjaJohorKulai26116
2Perusahaan Tanjung LabuhTempat KerjaJohorBatu Pahat2238
3Industri Sri TanjungTempat KerjaJohorTangkak dan Muar1021
4Jalan Teknologi Dua GopengTempat KerjaPerakKampar dan Kinta36155
5Tapak Bina Jalan KamuntingTempat KerjaPerakLarut, Matang, dan Selama20116
6Dua Jalan PuchongTempat KerjaSelangorPetaling79318
7Industri Dua Anggerik Mokara 48Tempat KerjaSelangorKlang, Petaling, dan Hulu Langat44113
8Dah Tapak Bina PadangTempat KerjaKedahKulim3081
9Sungai MiangTempat KerjaPahangPekan51121
10Kampung Padang Tok La HilirKomunitiKelantanPasir Mas1316
11Kampung Jejawi Alor PasirKomunitiKelantanPasir Mas1111
12Kampung Dalam PupohKomunitiKelantanKota Bharu1015
13Kampung Simpang Tiga Banggol PetalingKomunitiKelantanPasir Mas810
14Long PasiaKomunitiSabahSipitang2525
15Jalan TaibKumpulan Berisiko TinggiJohorKota Tinggi1185


LAMPIRAN 4

NILAI RT MENGIKUT NEGERI

BERDASARKAN KES YANG DILAPORKAN

PADA 29 SEPTEMBER 2021 

NEGERINILAI RT
MELAKA1.01
WP PUTRAJAYA1.01
PAHANG0.99
PERAK0.96
TERENGGANU0.96
KELANTAN0.95
 PERLIS0.95
SARAWAK0.93
JOHOR0.93
NEGERI SEMBILAN0.89
PULAU PINANG0.87
WP KUALA LUMPUR0.86
SELANGOR0.85
KEDAH0.85
SABAH0.84
WP LABUAN0
MALAYSIA0.89

Popular Posts - Last 7 days

Popular Posts - Last 30 days

Blog Archive

LIVE VISITOR TRAFFIC FEED