Translate

29 September 2021

Peralihan Fasa Di Lembah Klang, Melaka Dan Kedah Mulai 1 Oktober


COVID-19: Peralihan fasa di Lembah Klang, Melaka dan Kedah mulai 1 Oktober

Astro Awani
29/9/2021

KUALA LUMPUR: Mesyuarat Jawatankuasa Khas Pengurusan Pandemik COVID-19 hari ini mengumumkan peralihan fasa bagi negeri-negeri berikut berkuatkuasa 1 Okt 2021.

Peralihan Fasa 2 kepada Fasa 3 di kawasan Lembah Klang (Kuala Lumpur, Putrajaya, Selangor); Melaka: Daripada Fasa 2 kepada Fasa 3; dan Kedah: Daripada Fasa 1 kepada Fasa 2;

Peralihan fasa ini dibuat setelah mengambil kira penilaian risiko semasa oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dan Majlis Keselamatan Negara (MKN).

Berdasarkan keputusan jawatankuasa yang membenarkan peralihan dari Fasa 1 ke Fasa 2 bagi negeri Kedah, ia bermakna tiada lagi negeri berada di Fasa 1 di seluruh negara.

Saya mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan dan tahniah kepada seluruh Keluarga Malaysia, khususnya kerajaan negeri yang bertungkus-lumus menguruskan situasi pandemik di negeri masing-masing, demi memenuhi nilai ambang yang ditetapkan.

Prosedur Operasi Standard (SOP) bagi negeri-negeri yang memasuki fasa 2, 3 dan 4, adalah sama dengan sebelum ini. Keterangan SOP terkini akan dikemaskini oleh MKN di laman sesawang www.mkn.gov.my.

Sumber: Astro Awani
https://www.astroawani.com/berita-malaysia/covid19-peralihan-fasa-di-lembah-klang-melaka-dan-kedah-mulai-1-oktober-322556



Popular Posts - Last 7 days

Popular Posts - Last 30 days

Blog Archive

LIVE VISITOR TRAFFIC FEED