Translate

28 September 2021

13 Negeri Berdepan Ribut Petir Malam Ini - MetMalaysia


13 negeri berdepan ribut petir malam ini - MetMalaysia

Astro Awani
28/9/2021

KUALA LUMPUR: Seluruh negeri Perlis, Kedah, Pulau Pinang dan Perak berdepan amaran ribut petir serta hujan lebat sehingga pukul 9 malam ini.

Menurut kenyataan yang dikeluarkan oleh Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia), beberapa kawasan di 13 negeri lain turut mengalami cuaca yang tidak menentu sehingga tempoh sama.

“Di Kelantan, ia melibatkan kawasan Machang, Kuala Krai dan Gua Musang, manakala di Terengganu kawasan yang terjejas ialah Besut, Setiu, Hulu Terengganu,Dungun dan Kemaman.

“Bagi negeri Pahang pula ialah Tanah Tinggi Cameron, Lipis, Raub, Jerantut, Bentong, Temerloh, Bera dan Rompin.

“Sementara itu, kawasan yang terkesan di negeri Selangor adalah melibatkan kawasan Sabak Bernam, Hulu Langat dan Sepang,” jelas MetMalaysia dalam kenyataan di Facebook pada Selasa.

Bagi negeri Johor pula di Tangkak, Segamat, Muar, Kulai, Johor Bahru dan termasuk seluruh negeri Melaka dan Negeri Sembilan.

Cuaca sama turut dijangka berlaku di Sarawak melibatkan kawasan Kuching, Samarahan (Samarah dan Asajaya), Betong, Sarikei, Sibu, Bintulu (Tatau), Miri (Marudi) dan Limbang.

Manakala di Sabah, hujan lebat turut membasahi beberapa kawasan iaitu Pedalaman (Sipitang), Pantai Barat (Kota Belud), Sandakan (Beluran) dan Kudat (Kota Marudu).

Sumber: Astro Awani

Popular Posts - Last 7 days

Popular Posts - Last 30 days

Blog Archive

LIVE VISITOR TRAFFIC FEED

A visitor from Urbana viewed 'Police remanded the wife and ex husband, of the la' 2 hrs 18 mins ago
A visitor from Gatchina viewed '10 ARTIS WANITA MALAYSIA YANG PALING CANTIK 2013 -' 3 hrs 11 mins ago
A visitor from Bandar seri begawan viewed 'Lelaki bebas sabitan edar 10kg dadah - Mahkamah Pe' 4 hrs 38 mins ago
A visitor from Batu caves viewed 'Tiga pegawai Imigresen ditahan kerana disyaki mene' 4 hrs 40 mins ago
A visitor from Shah alam viewed 'Akses ke KLIA Termi' 5 hrs 26 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'China's President Xi Jinping arrives in Kuala Lump' 5 hrs 51 mins ago
A visitor from Muar town viewed 'Datuk Seri Najib Razak hadir memberi penghormatan ' 5 hrs 55 mins ago
A visitor from Muar town viewed 'LIVE Perjalanan Terakhir Tun Abdullah Ahmad Badawi' 6 hrs 7 mins ago
A visitor from Singapore viewed 'Rock Queen Ella to rock the Resorts World Genting ' 6 hrs 20 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'Clips of some steamy scenes in a drama shared by a' 6 hrs 33 mins ago