Translate

30 September 2021

Hampir 120,000 Peranti Digital Diserah Kepada Murid B40 - KPM

 Datuk Dr Mohd Radzi Md Jidin 

Hampir 120,000 peranti digital diserah kepada murid B40 - KPM

Astro Awani
30/9/2021

KUALA LUMPUR: Sejumlah 116,736 unit peranti digital telah diserahkan kepada murid dari golongan B40 di 955 sekolah seluruh negara sehingga 26 Sept lalu.

Menteri Kanan Pendidikan Datuk Dr Mohd Radzi Md Jidin berkata, ia sebahagian daripada inisiatif pemberian peranti digital kepada 150,000 murid B40 di bawah program CERDIK yang dilaksanakan Yayasan Hasanah.

"Manakala, 18,770 unit telah diterima daripada Yayasan Hasanah dan akan diagihkan kepada murid dalam masa terdekat.

"Baki 14,494 unit lagi akan diagihkan sebaik sahaja diterima daripada Yayasan Hasanah," katanya menerusi jawapan bertulis ke Dewan Rakyat bertarikh 29 Sept.

Beliau berkata demikian sebagai menjawab soalan Chan Foong Hin (PH-Kota Kinabalu) yang ingin tahu status pengedaran 150,000 unit komputer riba yang diluluskan dalam Belanjawan 2021, terutamanya di Sabah.

Chan turut bertanya sama ada kementerian akan menambah lagi pengedaran komputer riba bagi memudahkan pelaksanaan program Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah (PdPR) sepanjang tempoh pandemik COVID-19.

Menjawab soalan itu, Mohd Radzi berkata, daripada keseluruhan peranti digital yang telah diagihkan, sebanyak 13,458 unit adalah untuk murid B40 di 97 buah sekolah di Sabah.

Menurutnya, CERDIK merupakan inisiatif tanggung jawab sosial korporat (CSR) oleh syarikat berkaitan kerajaan (GLC) dan syarikat pelaburan berkaitan kerajaan (GLIC) bertujuan menyediakan peranti digital dan pelan data kepada murid B40 yang dikenal pasti.

Yayasan Hasanah, sebuah yayasan di bawah Khazanah Nasional, menguruskan sumbangan peranti digital termasuk pelan data daripada GLC dan GLIC serta menyelaras penghantaran peranti berkenaan ke Pejabat Pendidikan Daerah (PPD), Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM), tambahnya.

Sumber: Astro Awani
https://www.astroawani.com/berita-malaysia/hampir-120000-peranti-digital-diserah-kepada-murid-b40-kpm-322646






Popular Posts - Last 7 days

Popular Posts - Last 30 days

Blog Archive

LIVE VISITOR TRAFFIC FEED

A visitor from Kuala lumpur viewed 'Afdlin Shauki defeats Minister Nik N' 1 hr 57 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'A man who went on a rampage using a sharp weapon, ' 2 hrs ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'BEST FBKL' 3 hrs 35 mins ago
A visitor from Muar town viewed 'IMIGRESEN GEMPUR "PERKAMPUNGAN WARGA ASING" DI JAL' 3 hrs 59 mins ago
A visitor from Nizhniy novgorod viewed 'Syamsul Yusof, Puteri Sarah fail to reach divorce ' 4 hrs 10 mins ago
A visitor from Selangor viewed 'Campaign money not used, Syed Saddiq transfered fu' 5 hrs 1 min ago
A visitor from Subang jaya viewed 'Cable car crash caused by broken support cable | B' 5 hrs 19 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'Campaign money not used, Syed Saddiq transfered fu' 5 hrs 43 mins ago
A visitor from Johor bahru viewed 'Cable car crash caused by broken support cable | B' 5 hrs 57 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'Afdlin Shauki defeats Minister Nik N' 6 hrs 1 min ago