Translate

24 April 2025

PRU Singapura 2025: PAP mulakan kempen dengan menang tanpa bertanding, 92 kerusi dipertandingkan



PRU Singapura 2025: PAP mulakan kempen dengan menang tanpa bertanding, 92 kerusi dipertandingkan

Bernama

23/04/2025


Lawrence Wong selepas berucap di hadapan penyokong pada penamaan calon di Pusat Penamaan Calon di Jurong Pioneer Junior College hari ini. - Gambar Bernama


SINGAPURA: Singapura akan mengadakan Pilihan Raya Umum pada 3 Mei ini dengan 92 daripada 97 kerusi Parlimen akan dipertandingkan, susulan kemenangan tanpa bertanding di Kawasan Undi Perwakilan Berkumpulan (GRC) baharu Marine Parade-Braddell Heights oleh Parti Tindakan Rakyat (PAP).

Parti pemerintah itu, yang memenangi lima kerusi tanpa bertanding, turut menurunkan calon di baki 32 kawasan pilihan raya, merangkumi 17 GRC dan 15 Kawasan Undi Perseorangan (SMC).

Perdana Menteri Lawrence Wong dan pasukannya akan berdepan pertandingan satu lawan satu menentang Parti Demokratik Singapura (SDP) dalam usaha mempertahankan kubu empat kerusi PAP di GRC Marsiling-Yew Tee.

Hari penamaan calon menyaksikan beberapa kejutan, perubahan saat akhir dan hujan. Menteri Tenaga Manusia Dr Tan See Leng menggantikan Timbalan Perdana Menteri Gan Kim Yong sebagai Ketua Calon PAP di GRC Chua Chu Kang.

Gan pula mengetuai kempen parti itu di GRC Punggol yang baru diwujudkan, yang menyaksikan pertembungan secara langsung dengan muka baharu daripada Parti Pekerja (WP).




Menteri Kanan Lee Hsien Loong sekali lagi mengetuai pasukan PAP di GRC Ang Mo Kio, yang kali ini menyaksikan pertandingan tiga penjuru buat kali pertama sejak ia dibentuk pada 1991.

Bekas perdana menteri itu, yang merupakan Ahli Parlimen GRC itu sejak penubuhannya, akan disertai penyandang Darryl David dan Nadia Ahmad Samdin, serta Victor Lye dan calon baharu Jasmin Lau.

Menteri Undang-Undang dan Ehwal Dalam Negeri K. Shanmugam pula akan mengetuai PAP di GRC Nee Soon bersama empat muka baharu, termasuk bekas Ahli Parlimen Dilantik Dr Syed Harun Alhabsyi.

Mereka akan berdepan pasukan Red Dot United (RDU) yang turut menurunkan Setiausaha Agungnya Ravi Philemon dan Pengerusi David Foo.

Sementara itu, dua menteri kabinet -- Timbalan Perdana Menteri Heng Swee Keat dan Menteri Kanan Teo Chee Hean -- mengumumkan persaraan daripada politik, menyertai senarai pemimpin PAP yang berundur bagi memberi laluan kepada generasi baharu di bawah pimpinan Wong.

Parti pembangkang utama, WP, yang memenangi 10 kerusi dalam pilihan raya 2020, akan bertanding di lapan kawasan kali ini.

Ia merangkumi lima GRC -- Aljunied, East Coast, Punggol, Sengkang dan Tampines -- serta tiga SMC -- Hougang, Jalan Kayu dan Tampines Changkat.

Setiausaha Agung WP Pritam Singh, sekali lagi mengetuai pasukan parti itu mempertahankan GRC Aljunied, bersama Pengerusi WP Sylvia Lim, Gerald Giam, Fadli Fawzi dan muka baharu Kenneth Tong.

WP sebelum ini tidak mendedahkan senarai penuh calonnya sehingga hari penamaan calon.

Beberapa lagi parti pembangkang -- termasuk RDU, Parti Kemajuan Singapura (PSP), People's Alliance for Reform (PAR), SDP, Parti Kuasa Rakyat (PPP), Parti Solidariti Nasional (NSP), Parti Rakyat Singapura (SPP), Parti Bersatu Singapura (SUP) dan Perikatan Demokratik Singapura (SDA) -- turut menurunkan calon dalam jumlah yang kecil.

Dua calon bebas juga bertanding, masing-masing di SMC Mountbatten dan Radin Mas.

Dengan penamaan calon selesai tengah hari tadi, para calon kini boleh memulakan kempen sehingga hari bertenang pada 2 Mei.

Isu utama seperti kos sara hidup dijangka mendominasi ceramah sepanjang tempoh kempen.

-- BERNAMA

Popular Posts - Last 7 days

Popular Posts - Last 30 days

Blog Archive

LIVE VISITOR TRAFFIC FEED

A visitor from Kuala lumpur viewed 'Siasatan termasuk dakwaan Pamela Ling dilarikan in' 4 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'Netizen's Bewildered Its A Just a fine for stealin' 1 hr 11 mins ago
A visitor from Brussels viewed 'Wanita maut digilis lori selepas tercampak dari ke' 1 hr 42 mins ago
A visitor from Virginia viewed 'Hevel praises teamates' support after scoring on M' 2 hrs 15 mins ago
A visitor from Muar town viewed 'Mi tikus, nama ganjil tapi enak | BEST FBKL' 3 hrs 53 mins ago
A visitor from Batu caves viewed 'BEST FBKL' 4 hrs 37 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'Nasi Kerabu dan Nasi Dagang Viral MAK 3 Anak Gemuk' 4 hrs 54 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'Sindiket pengedaran dadah antarabangsa tumpas, pol' 5 hrs 11 mins ago
A visitor from Muscat viewed 'Sindiket pengedaran dadah antarabangsa tumpas, pol' 5 hrs 15 mins ago
A visitor from Shah alam viewed 'MPP nasihat semua ahli terima keputusan Pemilihan ' 5 hrs 24 mins ago