Translate

03 April 2025

Kedah rangka garis panduan larangan bela anjing spesies garang di kawasan perumahan



Kedah rangka garis panduan larangan bela anjing spesies garang di kawasan perumahan

Bernama

03/04/2025


Keputusan itu diambil berikutan insiden lima individu diserang dua ekor anjing jenis Rottweiler di Taman Desa Bidara, Kuala Ketil dekat Baling pada Selasa lepas. - Gambar hiasan/Bernama


ALOR SETAR: Kerajaan Kedah akan merangka garis panduan yang berkemungkinan besar melibatkan larangan membela anjing daripada spesies garang sebagai haiwan peliharaan di kawasan perumahan.

Pengerusi Jawatankuasa Perumahan, Kerajaan Tempatan dan Kesihatan Kedah Mejar (B) Mansor Zakaria berkata keputusan itu diambil berikutan insiden lima individu diserang dua ekor anjing jenis Rottweiler di Taman Desa Bidara, Kuala Ketil dekat Baling pada Selasa lepas.

"Anjing jenis garang tidak sesuai dibela di kawasan taman perumahan. Lebih-lebih lagi, selepas dua kes yang berlaku, kejadian baru-baru ini sangat serius kerana melibatkan lima mangsa, termasuk beberapa yang parah dan memerlukan pembedahan.

"Ada mangsa yang trauma akibat kejadian ini. Mereka berharap kes ini dapat diselesaikan sebaik mungkin, dan kerana itu, kita akan merangka garis panduan untuk mengelakkan perkara seperti ini berulang," katanya dalam kenyataan hari ini.

Mansor yang telah melawat semua mangsa di hospital kerajaan dan swasta berkata keadaan mereka kini dilaporkan stabil.

Mansor berkata hasil perbincangan dengan pemilik anjing terbabit, mereka bersetuju untuk menyerahkan haiwan itu kepada pihak veterinar untuk dilupuskan.

Sebelum ini, Bernama melaporkan lima individu cedera selepas digigit dua anjing terbabit yang terlepas dari sangkar.

Pengarah Jabatan Perkhidmatan Veterinar Kedah Dr Shaharul Amar Talib berkata dua anjing terlibat telah dilupuskan semalam.

-- BERNAMA

Popular Posts - Last 7 days

Popular Posts - Last 30 days

Blog Archive

LIVE VISITOR TRAFFIC FEED

A visitor from Kuala lumpur viewed 'Chinese President Xi begins 3-day state visit to M' 5 mins ago
A visitor from Manassas viewed 'Kestabilan, kekuatan dalaman asas penting bagi Mal' 6 mins ago
A visitor from Ashburn viewed 'Trump Excludes Phones, Computers and Chips From Hi' 7 mins ago
A visitor from Vermont viewed 'Kestabilan, kekuatan dalaman asas penting bagi Mal' 7 mins ago
A visitor from Labuan viewed 'Anggota polis tertembak diri sendiri dipercayai ad' 10 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'Chinese President Xi begins 3-day state visit to M' 11 mins ago
A visitor from Oslo viewed 'OREO SPACE DUNK BISKUT PERTAMA DICELUP DI ANGKASA ' 13 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'Suspek kes culik remaja 16 tahun maut ditembak di ' 24 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'Chinese President Xi begins 3-day state visit to M' 32 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'Chinese President Xi begins 3-day state visit to M' 35 mins ago