Translate

13 April 2025

Pemilihan PKR: Fahmi umum bertanding jawatan Majlis Pimpinan Pusat



Pemilihan PKR: Fahmi umum bertanding jawatan Majlis Pimpinan Pusat

Bernama

13/04/2025


Fahmi bercakap pada sidang media Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri Parlimen Lembah Pantai di IWK Eco Park Pantai Dalam, Kuala Lumpur, pada Sabtu. - Gambar Bernama


KUALA LUMPUR: Ketua Penerangan PKR, Datuk Fahmi Fadzil, mengesahkan untuk bertanding jawatan Majlis Pimpinan Pusat (MPP) pada pemilihan Parti Keadilan Rakyat (PKR) yang dijadual berlangsung Mei ini.

"Saya telah mengunjungi beberapa negeri dan berbincang dengan ramai pemimpin. Setelah meneliti keperluan dan mempertimbangkannya secara mendalam, saya membuat keputusan... bahawa saya akan bertanding jawatan MPP. Tujuannya adalah untuk memperkukuh parti dan memberi nafas baharu kepada kepimpinan MPP.

"Insya-Allah, saya akan berusaha bersama rakan-rakan untuk menjalankan kempen secara sihat dan menzahirkan satu bentuk kepimpinan yang baharu. Ini penting kerana kepimpinan inilah yang akan membawa parti, bersama rakan-rakan dalam Kerajaan Perpaduan, menuju Pilihan Raya Umum ke-16," katanya.

Menteri Komunikasi itu berkata demikian kepada pemberita semasa Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri Parlimen Lembah Pantai, di sini, malam tadi.

Pemilihan PKR bagi jawatan di peringkat Cabang, Wanita Cabang dan Angkatan Muda Keadilan (AMK) Cabang telah bermula 11 April dan akan berlangsung sehingga 20 April.

Sementara itu, pemilihan bagi jawatan Majlis Pimpinan Pusat (MPP), Majlis Pimpinan Wanita Pusat (MPWP), dan Majlis Pimpinan Angkatan Muda Keadilan Pusat (MPAMKP) dijadualkan pada 24 Mei ini.

-- BERNAMA

Popular Posts - Last 7 days

Popular Posts - Last 30 days

Blog Archive

LIVE VISITOR TRAFFIC FEED

A visitor from Kuala lumpur viewed 'BN umum pertahan Ayer Kuning' 52 mins ago
A visitor from Omsk viewed 'Dera Anak Guna Pisau Panas, Ibu Tiri Dipenjara 24 ' 1 hr 3 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'BN umum pertahan Ayer Kuning' 1 hr 5 mins ago
A visitor from Seri kembangan viewed 'BN umum pertahan Ayer Kuning' 1 hr 35 mins ago
A visitor from Seri kembangan viewed 'BN umum pertahan Ayer Kuning' 1 hr 43 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'UK setuju bantu Malaysia dalam bidang teknologi, t' 2 hrs 48 mins ago
A visitor from Srengseng viewed 'Isu kenaikan ETAP petugas kesihatan dijangka dimuk' 3 hrs 29 mins ago
A visitor from Iowa viewed 'Tindakan lanjut sele' 6 hrs 12 mins ago
A visitor from Florida viewed 'Tindakan lanjut sele' 6 hrs 15 mins ago
A visitor from Kansas viewed 'Tindakan lanjut sele' 6 hrs 18 mins ago