Translate

14 April 2025

Pemilihan PKR: MCMC akan bantu polis siasat video tular - Fahmi



Pemilihan PKR: MCMC akan bantu polis siasat video tular - Fahmi

Bernama

14/04/2025


Menteri Komunikasi Datuk Fahmi Fadzil berkata siasatan itu, berkaitan dengan dakwaan melakukan ugutan serta hantaran maklumat bersifat jelik di laman Facebook. - Foto BERNAMA


KUALA LUMPUR: Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) akan membantu siasatan Polis Diraja Malaysia (PDRM), berkaitan video tular di media sosial melibatkan calon dalam Pemilihan PKR Peringkat Cabang di Perak dan Perlis.

Menteri Komunikasi Datuk Fahmi Fadzil berkata siasatan itu, berkaitan dengan dakwaan melakukan ugutan serta hantaran maklumat bersifat jelik di laman Facebook.

"Setakat ini, saya belum semak secara keseluruhan dengan pihak MCMC tapi ada dua isu yang telah berbangkit, satu video yang telah menuduh seorang calon mengeluarkan senjata api, di mana video itu telah tular dan calon tersebut (Perak) telah menafikan dan membuat laporan polis.

"MCMC juga akan membantu dalam siasatan kerana dia berkait dengan video yang telah disebar dan telah ditularkan dalam beberapa platform media sosial.

"Kedua, melibatkan satu hantaran dalam platform Facebook berkait penyalahgunaan rangkaian untuk menghantar maklumat kandungan yang bersifat jelik melampau. Ini bersifat tuduhan liar terhadap seorang calon di negeri Perlis," katanya.

Beliau yang juga Ahli Parlimen Lembah Pantai berkata demikian kepada pemberita selepas menghadiri Majlis Jamuan Aidilfitri anjuran Majlis Pimpinan Negeri (MPN) Keadilan Wilayah Persekutuan di Wisma TKC, hari ini.

Fahmi berkata beliau akan mengadakan perbincangan dengan pihak MCMC berkaitan kes serta aduan yang telah diterima berhubung perkara tersebut.

"MCMC akan memainkan peranan sebagai penganalisis teknikal untuk buat beberapa pengesahan. Mula-mula melibatkan pengesanan akaun mana yang telah menyebarkan," katanya.

-- BERNAMA




Popular Posts - Last 7 days

Popular Posts - Last 30 days

Blog Archive

LIVE VISITOR TRAFFIC FEED

A visitor from Kerala viewed 'MUTTON VARUVAL RECIPE - A MALAYSIAN FAVOURITE | BE' 6 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'These are the last images of Pope Francis’ open ca' 14 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'LTSAS kini mampu tampung 700,000 penum' 27 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'Snipers, drones & NATO jets deployed for Pope’s fu' 36 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'Tindakan lanjut sele' 42 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'Lapan individu termasuk Bella mengaku salah ugut b' 50 mins ago
A visitor from Edison viewed 'BEST FBKL' 50 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed '8 Termasuk Seorang Wanita Ditahan Kes Pukul | BEST' 52 mins ago
A visitor from Samarinda viewed 'Snipers, drones & NATO jets deployed for Pope’s fu' 57 mins ago
A visitor from Puchong new village viewed 'These are the last images of Pope Francis’ open ca' 1 hr 2 mins ago