Translate

25 April 2025

Silap paparan Jalur Gemilang: Tindakan lanjut selepas laporan lengkap KSU KPM - KSN



Silap paparan Jalur Gemilang: Tindakan lanjut selepas laporan lengkap KSU KPM - KSN

Bernama

24/04/2025


Ketua Setiausaha Negara (KSN) Tan Sri Shamsul Azri Abu Bakar berkata Ketua Setiausaha Kementerian Pendidikan (KPM) Datuk Dr Aminuddin Hassim telah diarahkan menyediakan laporan lengkap berhubung insiden itu. - Foto BERNAMA


SEPANG: Tindakan sewajarnya akan diambil berhubung kesilapan pemaparan Jalur Gemilang dalam Laporan Analisis Keputusan Peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) yang diedarkan hari ini selepas laporan lengkap diperoleh.

Ketua Setiausaha Negara (KSN) Tan Sri Shamsul Azri Abu Bakar berkata Ketua Setiausaha Kementerian Pendidikan (KPM) Datuk Dr Aminuddin Hassim telah diarahkan menyediakan laporan lengkap berhubung insiden itu.

"Saya rasa masalahnya bila nak reka bendera ini, kita kena reka betul-betul. Kena faham semangat bendera itu sendiri. Masalah timbul bila kita tak faham semangat itu," katanya kepada media pada majlis sesi meja bulat bersama KSN berhubung agenda nasional tadbir urus baik, di sini hari ini.

Turut hadir Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Tan Sri Azam Baki dan Pengerusi Pertubuhan Berita Nasional Malaysia (Bernama) Datuk Seri Wong Chun Wai.

Shamsul Azri berkata reka bentuk bendera negara seharusnya dihasilkan dengan tangan dan kefahaman rakyat sendiri bukan bergantung sepenuhnya kepada teknologi kecerdasan buatan (AI).

"Kenapa nak pakai AI? Bendera negara, buat sendirilah. Kalau guna pun, kadang-kadang hasilnya salah, jalur makin melebar di tengah, itu tak betul. Cintai bendera anda, cintai negara anda," katanya.

Beliau menegaskan bahawa sebarang rekaan simbol negara perlu dilakukan dengan lebih berhati-hati.

"Apa sahaja yang kita hasilkan untuk dikeluarkan terutamanya bagi tujuan liputan media mesti disemak dengan teliti kerana benda macam ini tak sepatutnya berlaku," katanya.

Beliau berkata sudah ada garis panduan rasmi dalam penggunaan Jalur Gemilang namun tapi kadang-kadang manusia tidak peka dan terlalu selesa sehingga berlaku kesilapan.

Terdahulu, KPM dilaporkan sedang menjalankan siasatan terperinci berhubung kesilapan pemaparan Jalur Gemilang dalam Laporan Analisis Keputusan Peperiksaan SPM yang diedarkan hari ini.

Susulan itu, Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata tiada layanan dua darjat dalam isu membabitkan insiden paparan bendera tidak lengkap dan siasatan akan dijalankan terhadap pihak terlibat.

Anwar juga menegaskan bahan penerbitan berkaitan simbol negara tidak boleh bergantung kepada AI dan perlu melalui pemeriksaan teliti.

-- BERNAMA

Popular Posts - Last 7 days

Popular Posts - Last 30 days

Blog Archive

LIVE VISITOR TRAFFIC FEED

A visitor from Oslo viewed 'Khaled Nordin tiba di Berlin untuk UN Peacekeeping' 9 mins ago
A visitor from San jose viewed 'BEST FBKL'S Top Ramadan Buka Puasa Buffet 2025 - i' 1 hr 48 mins ago
A visitor from Los angeles viewed 'Singapura pantau lonjakan kes COVID-19 | BEST FBKL' 1 hr 49 mins ago
A visitor from Iowa viewed 'Polis rampas minuman keras bernilai RM316,595 | BE' 1 hr 52 mins ago
A visitor from Delaware viewed 'Polis rampas minuman keras bernilai RM316,595 | BE' 1 hr 52 mins ago
A visitor from Bourgogne viewed 'Singapura pantau lonjakan kes COVID-19 | BEST FBKL' 1 hr 53 mins ago
A visitor from Delaware viewed 'Rapid KL On-Demand diperluas ke enam zon baharu be' 2 hrs 46 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'Nahas Trak FRU Senarai Nama Mangsa Yang Maut Dan C' 2 hrs 54 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'Bekas Pegawai SPRM Ugut Polis Didenda RM10,000 (1 ' 4 hrs 1 min ago
A visitor from Shah alam viewed 'Rapid KL On-Demand diperluas ke enam zon baharu be' 4 hrs 2 mins ago