Translate

14 April 2025

Puluhan rumah rosak akibat ribut di Perak



Puluhan rumah rosak akibat ribut di Perak

Bernama

13/04/2025


Hujan lebat berserta angin kencang yang melanda daerah Larut, Matang dan Selama petang tadi menyebabkan puluhan rumah mengalami kerosakan. - Foto Facebook APM Perak


IPOH: Hujan lebat berserta angin kencang yang melanda daerah Larut, Matang dan Selama petang tadi menyebabkan puluhan rumah mengalami kerosakan.

Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) dalam kenyataan memaklumkan kawasan terlibat ialah Taman Medan Pengkalan, Taman Damai, Taman Pengkalan Cemerlang, Kampung Pak Darus, Jalan Pengkalan Cemerlang, Pengkalan Air dan Batu 2 1/2.

"Kejadian angin kencang dan hujan lebat berlaku pada 4.30 petang hingga 6 petang itu telah menyebabkan berlaku kejadian pokok tumbang menyebabkan kerosakan pada harta benda mangsa," menurut kenyataan itu.

Sehubungan itu, sebuah pusat pemindahan sementara (PPS) dibuka di Dewan Orang Ramai Taman Kaya bagi menempatkan mangsa.

Tiada kemalangan jiwa dilaporkan setakat ini dan jumlah sebenar kediaman terjejas serta mangsa masih dalam bancian.

APM juga telah mengambil tindakan segera memotong dahan kayu yang menghalang jalan bagi mengelakkan kejadian buruk.

-- BERNAMA








Popular Posts - Last 7 days

Popular Posts - Last 30 days

Blog Archive

LIVE VISITOR TRAFFIC FEED

A visitor from Kerala viewed 'MUTTON VARUVAL RECIPE - A MALAYSIAN FAVOURITE | BE' 6 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'These are the last images of Pope Francis’ open ca' 14 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'LTSAS kini mampu tampung 700,000 penum' 27 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'Snipers, drones & NATO jets deployed for Pope’s fu' 36 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'Tindakan lanjut sele' 42 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'Lapan individu termasuk Bella mengaku salah ugut b' 50 mins ago
A visitor from Edison viewed 'BEST FBKL' 50 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed '8 Termasuk Seorang Wanita Ditahan Kes Pukul | BEST' 52 mins ago
A visitor from Samarinda viewed 'Snipers, drones & NATO jets deployed for Pope’s fu' 57 mins ago
A visitor from Puchong new village viewed 'These are the last images of Pope Francis’ open ca' 1 hr 2 mins ago