Translate

14 April 2025

Jangan ceroboh tanah Pahang - Al-Sultan Abdullah



Jangan ceroboh tanah Pahang - Al-Sultan Abdullah

Bernama

14/04/2025


Jagalah negeri dan bumi Pahang ini sebaik mungkin, titah Al-Sultan Abdullah pada Majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri di Kampung Bantal, Ulu Tembeling, Jerantut semalam. - Facebook Kesultanan Pahang


KUANTAN: Sultan Pahang Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah menegaskan agar tanah di negeri ini tidak diceroboh sewenang-wenangnya dan tindakan sewajarnya harus dikenakan kepada mereka yang terlibat.

Al-Sultan Abdullah turut bertitah supaya rakyat menjadi 'mata dan telinga' baginda dalam menyalurkan maklumat mengenai isu pencerobohan tanah di negeri ini.

"Jangan bagi orang menceroboh tanah negeri Pahang ini, saya pun naik darah juga banyak orang ceroboh tanah, sudah sampai masanya kita berkeras dengan mereka (penceroboh).

"Jagalah negeri dan bumi Pahang ini sebaik mungkin," titah baginda di Majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri di Kampung Bantal, Ulu Tembeling, Jerantut semalam yang dimuat naik di laman Facebook Kesultanan Pahang.

Bagaimanapun, Sultan Pahang bertitah agar isu pencerobohan tanah itu diselesaikan dengan baik dan segala kekurangan diatasi secara harmoni.

Sebelum ini, operasi penguatkuasaan di kebun durian di Raub telah menimbulkan pelbagai reaksi masyarakat apabila pekebun didakwa menunjukkan ketidakpuasan hati kerana tanaman mereka dimusnahkan.

Kerajaan Pahang juga menafikan telah melanggar perintah mahkamah dengan menebang kira-kira 200 pokok durian Musang King dalam operasi penguatkuasaan di Sungai Klau, Raub pada 8 April lepas.

Operasi penguatkuasaan berkenaan disertai antaranya polis dan Unit Penguatkuasaan Negeri Pahang, (UPNP) dijalankan meliputi semua kawasan penanaman yang telah diteroka tanpa kebenaran di Raub serta dijangka dilaksanakan hingga 3 Mei ini.

-- BERNAMA

Popular Posts - Last 7 days

Popular Posts - Last 30 days

Blog Archive

LIVE VISITOR TRAFFIC FEED

A visitor from Kuala lumpur viewed 'Dua Kanak-Kanak 12 Tahun Maut Dalam Nahas Dua Kend' 42 secs ago
A visitor from Petaling jaya viewed 'Agong zahir ucapan Selamat Hari TLDM ke-91 | BEST ' 2 mins ago
A visitor from Batu caves viewed 'BEST FBKL' 1 hr ago
A visitor from Oslo viewed 'Sepak terajang sebelum final Piala Malaysia | BEST' 1 hr 2 mins ago
A visitor from Petaling jaya viewed 'AKPS perlu masa penyesuaian untuk laksana fungsiny' 2 hrs 19 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'List of The Yang Di-Pertuan Agong's | BEST FBKL' 2 hrs 34 mins ago
A visitor from Dublin viewed 'Isu kenaikan ETAP petugas kesihatan dijangka dimuk' 2 hrs 38 mins ago
A visitor from Edison viewed 'Isu kenaikan ETAP petugas kesihatan dijangka dimuk' 2 hrs 40 mins ago
A visitor from Aptos viewed 'KKM pantau rapi tarif baharu AS, fokus peranti per' 2 hrs 40 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'JDT Lakar 'Quadruple' Ketiga Berturut-Turut | BEST' 2 hrs 42 mins ago