Translate

13 April 2025

Rundingan bersemuka tambahan kerusi Parlimen Sabah, Sarawak - TPM Fadillah



Rundingan bersemuka tambahan kerusi Parlimen Sabah, Sarawak - TPM Fadillah

Bernama

13/04/2025


Fadillah (kiri) dalam sesi Bual Bicara Eksekutif sempena Program Jiwa Komuniti MADANI dan Media di Kampung Segedup Kuching, hari ini. - Foto Bernama


KUCHING: Rundingan bagi meminda kuota satu pertiga atau 35 peratus kerusi Parlimen Sabah dan Sarawak perlu dibuat secara bersemuka khususnya dengan setiap Ahli Parlimen di Semenanjung, kata Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Fadillah Yusof.

Rundingan bagi meminda kuota kerusi Parlimen Sabah dan Sarawak perlu dilakukan secara bersemuka dengan setiap Ahli Parlimen di Semenanjung, menurut Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Fadillah Yusof.

Tuntutan kerusi Parlimen adalah kompleks dan mencabar, memerlukan rundingan di peringkat kementerian, agensi, dan politik untuk mendapatkan sokongan.

Program Jiwa Komuniti MADANI dan Media bertujuan meningkatkan motivasi diri dan penglibatan aktif ahli Komuniti MADANI serta rakan media dalam memperluas jaringan komunikasi.

Beliau berkata pendekatan sama telah diambil Yang Dipertua Negeri Sarawak Tun Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar ketika menyandang jawatan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-Undang) sebagai usaha meminda Perkara 160 Perlembagaan Persekutuan.

Pindaan Perkara 160 itu dilaksanakan bagi memasukkan Perjanjian Malaysia (MA63), Laporan Cobbold dan Laporan Jawatankuasa Antara Kerajaan (IGC).

"Tuntutan kerusi Parlimen menjadi satu tuntutan yang agak kompleks dan mencabar kerana bukan sahaja memerlukan rundingan di peringkat kementerian dan agensi, malah lebih penting lagi dari sudut politiknya iaitu berunding dengan setiap Ahli Parlimen untuk mendapat sokongan serta memberi penjelasan mengapa ini perlu dipinda.

"Sekarang Ahli Parlimen Semenanjung adalah 75 peratus daripada 222 kerusi maknanya kalau nak pinda Perlembagaan di Dewan Rakyat, tidak perlu rujuk Ahli Parlimen Sabah dan Sarawak kerana mereka sahaja sudah lebih dua pertiga kerusi," katanya.

Beliau berkata demikian dalam segmen Bual Bicara Eksekutif sempena Program Jiwa Komuniti MADANI dan Media di Dewan Haji Kamaruddin bin Ahmad, Kampung Segedup hari ini.

Fadillah berkata sekiranya tiada kesepakatan tercapai dalam Jawatankuasa Teknikal Majlis Tindakan Pelaksanaan MA63 (MTPMA63) yang dipengerusikan beliau, ia akan diputuskan di peringkat Jawatankuasa Majlis MTPMA63 melibatkan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim, Premier Sarawak Tan Sri Abang Johari Tun Openg dan Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Hajiji Noor.

Pada November 2024, Fadillah dilaporkan berkata pelaksanaan bagi pertambahan kerusi Parlimen di Sabah dan Sarawak hanya dimuktamadkan selepas Pilihan Raya Umum ke-16 (PRU16) diadakan.

Kali terakhir berlaku persempadanan semula melibatkan kerusi Parlimen adalah pada 2006, dengan Sabah dan Sarawak kini masing-masing mempunyai 25 dan 31 Ahli Dewan Rakyat iaitu 56 kerusi atau kira-kira 25 peratus daripada 222 kerusi.

Sementara itu, Program Jiwa Komuniti MADANI dan Media anjuran Jabatan Penerangan (JaPen) Sarawak bertujuan meningkatkan motivasi diri serta menggalakkan penglibatan aktif ahli Komuniti MADANI dan rakan media dalam memperluas jaringan komunikasi.

Ia turut melibatkan penyertaan Komuniti MADANI dari Parlimen Petra Jaya merangkumi beberapa kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Tupong, Samariang dan Satok.

Turut hadir Pengarah JaPen Sarawak Helmy Hamid, Timbalan Menteri Utiliti dan Telekomunikasi (Sarawak Energy Berhad (SEB) dan Petroleum Sarawak Bhd (Petros) Datuk Ibrahim Baki dan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tupong Datuk Fazzrudin Abdul Rahman.

-- BERNAMA

Popular Posts - Last 7 days

Popular Posts - Last 30 days

Blog Archive

LIVE VISITOR TRAFFIC FEED

A visitor from Oslo viewed 'Tanah Runtuh TTDI Dinding Tembok Sebuah Sekolah An' 6 mins ago
A visitor from Oslo viewed '24 Maut, Kumpulan Bersenjata Serang Pelancong | BE' 8 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'Calon PN DUN Tioman meninggal dunia | BEST FBKL' 12 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'New Cabinet List As Announced by PM Anwar Ibrahim ' 12 mins ago
A visitor from Oslo viewed 'Malaysia-Turkiye perkukuh kerjasama bidang tenaga ' 13 mins ago
A visitor from Oslo viewed 'Sultan Nazrin berkenan rasmi Gerbang Suria UPSI | ' 17 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'Federal Court judge, Datuk Zabariah Mohd Yusof, ha' 39 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'Cops nab another 'Tan Sri' over MBI investment sca' 1 hr 37 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'New Cabinet List As Announced by PM Anwar Ibrahim ' 1 hr 55 mins ago
A visitor from Batu caves viewed 'BEST FBKL' 2 hrs 15 mins ago