BAC 2025: Aaron Chia-Wooi Yik dinobat juara, robohkan tembok China
Astro Arena
13/04/2025

Aaron Chia-Wooi Yik hanya memerlukan 47 minit untuk menewaskan lawan dari China itu menerusi aksi straight set 21-19,21-17. - Stadium Astro
Beregu lelaki negara, Aaron Chia-Soh Wooi Yik, dinobatkan selaku juara Kejohanan Badminton Asia (BAC) 2025 selepas menumbangkan wakil tuan rumah, Chen Bo Yang-Liu Yi, di Ningbo, China sebentar tadi.
Aaron Chia-Wooi Yik hanya memerlukan 47 minit untuk menewaskan lawan dari China itu menerusi aksi straight set 21-19,21-17.
Wakil negara beraksi baik dalam set pertama walaupun menerima tentangan sengit daripada Bo Yang-Liu Yi hingga terikat 15-15, namun corak pertahanan yang kemas dipamerkan wakil negara memastikan mereka mereka menang 21-19.
Lawan dari China itu mempamerkan aksi sengit untuk mengheret Aaron-Wooi Yik ke set penentuan, namun ketangkasan Aaron Chia menyukarkan wakil China untuk bangkit sekali gus meraih kemenangan 21-17 untuk wakil negara dinobatkan selaku juara BAC 2025.
Untuk rekod, kemenangan ini merupakan debut pertama ketua jurulatih skuad beregu lelaki badminton negara, Herry Iman Pierngadi, bersama pasukan negara.