Translate

13 April 2025

KPM tegas tangani isu salah laku seksual dalam kalangan pelajar - Fadhlina



KPM tegas tangani isu salah laku seksual dalam kalangan pelajar - Fadhlina

Bernama

13/04/2025


Fadhlina berkata KPM bekerjasama dengan pihak berwajib merentasi kementerian dan agensi bagi memastikan isu-isu termasuk keselamatan siber ditangani dengan sebaiknya. - Gambar fail/Bernama


TAIPING: Kementerian Pendidikan (KPM) tegas menangani isu salah laku seksual dalam kalangan pelajar di semua institusi pendidikan, kata Menteri Pendidikan Fadhlina Sidek.

Kementerian Pendidikan (KPM) tegas menangani isu salah laku seksual dalam kalangan pelajar di semua institusi pendidikan, dengan kerjasama pihak berwajib untuk menangani isu keselamatan siber.

Sekolah swasta perlu mempunyai SOP lebih baik dalam mendepani situasi salah laku seksual, termasuk aduan kes gambar lucah yang dijana menggunakan teknologi kecerdasan buatan (AI).

Kes penyebaran gambar lucah pelajar wanita di sebuah sekolah menengah swasta di Kulai, Johor, menyebabkan seorang remaja lelaki berusia 16 tahun ditahan reman.

Beliau berkata KPM juga bekerjasama dengan pihak berwajib merentasi kementerian dan agensi bagi memastikan isu-isu termasuk keselamatan siber ditangani dengan sebaiknya.

"Oleh itu, sekiranya terdapat dakwaan salah laku, ia perlu disiasat dan tindakan tegas perlu diambil berdasarkan garis panduan sedia ada," katanya pada sidang media selepas merasmikan Gerakan Massa #terimakasihcikgu Peringkat Kebangsaan Tahun 2025 di sebuah pusat beli-belah di sini hari ini.

Turut hadir Timbalan Menteri Pendidikan Wong Kah Woh serta Ketua Pengarah Pendidikan Datuk Azman Adnan.

Semalam, Timbalan Menteri Komunikasi Teo Nie Ching dilaporkan berkata sekolah swasta perlu mempunyai prosedur operasi standard (SOP) lebih baik dalam mendepani situasi salah laku seksual, termasuk aduan kes gambar lucah yang dijana menggunakan teknologi kecerdasan buatan (AI).

Teo mengulas mengenai insiden penyebaran gambar lucah pelajar wanita yang disunting dan dijual di media sosial di sebuah sekolah menengah swasta di Kulai, Johor baru-baru ini dan beliau difahamkan pentadbiran sekolah berkenaan telah dimaklumkan berhubung isu itu sejak tahun lepas.

Terdahulu, Ketua Polis Johor Datuk M Kumar memaklumkan pihaknya menerima 22 laporan polis berhubung kejadian itu setakat hari ini, dengan suspek iaitu remaja lelaki berusia 16 tahun ditahan reman sehingga Selasa depan.

Kes itu terbongkar selepas seorang remaja perempuan berusia 18 tahun membuat laporan polis setelah mendapati wajahnya digunakan dalam gambar lucah yang tular di laman sosial dan suspek dipercayai menjual gambar yang disunting berkenaan dengan harga serendah RM2 sekeping.

-- BERNAMA

Popular Posts - Last 7 days

Popular Posts - Last 30 days

Blog Archive

LIVE VISITOR TRAFFIC FEED

A visitor from San jose viewed '32 syarikat tempatan, asing tunjuk minat buka oper' 16 mins ago
A visitor from Ashburn viewed '32 syarikat tempatan, asing tunjuk minat buka oper' 17 mins ago
A visitor from Batu caves viewed 'Police investigate viral video of angry woman hitt' 34 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'Arsenal‘s 2-2 draw against Crystal Palace Means Li' 38 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'Arsenal‘s 2-2 draw against Crystal Palace Means Li' 48 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'Ada bukti penglibatan bekas pakar patologi dengan ' 48 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'Malaysia dipilih semula ke Majlis Pentadbiran CSAM' 1 hr 9 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'Lelaki putus jari ditetak lima lelaki bersenjata p' 1 hr 9 mins ago
A visitor from Oslo viewed 'Guru besar didakwa kemuka dokumen palsu mohon sumb' 1 hr 13 mins ago
A visitor from Subang jaya viewed '30 saham teratas FBM KLCI dijangka kekal - MIDF | ' 1 hr 15 mins ago