Translate

13 April 2025

KESUMA rancang tubuh Pusat Sehenti Perkhidmatan Pekerja



KESUMA rancang tubuh Pusat Sehenti Perkhidmatan Pekerja

Bernama

13/04/2025


Menteri Sumber Manusia Steven Sim berkata pusat berkenaan akan menggabungkan semua perkhidmatan berkaitan tenaga kerja supaya pekerja atau majikan tidak perlu pergi ke pelbagai jabatan berbeza. - Gambar fail/BERNAMA


BUKIT MERTAJAM: Kementerian Sumber Manusia (KESUMA) bercadang untuk mewujudkan Pusat Sehenti Perkhidmatan Pekerja yang menawarkan kemudahan menyeluruh dalam menyelesaikan isu berkaitan buruh.

Menteri Sumber Manusia Steven Sim berkata pusat berkenaan akan menggabungkan semua perkhidmatan berkaitan tenaga kerja supaya pekerja atau majikan tidak perlu pergi ke pelbagai jabatan berbeza.

"Saya akan membuat pengumuman tidak lama lagi mengenai pelan KESUMA untuk menubuhkan sebuah Pusat Sehenti Perkhidmatan Pekerja bagi menjaga kebajikan pekerja di negara ini.

"Kita akan menggabungkan semua perkhidmatan ini di bawah satu bumbung bagi memudahkan pekerja dan juga majikan termasuk pengurus sumber manusia, jadi kalau ada isu berkaitan buruh di negara ini, mereka boleh terus ke pusat sehenti tersebut," katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Rumah Terbuka Hari Raya Aidilfitri DAP Pulau Pinang yang turut dihadiri Ketua Menteri Chow Kon Yeow, Naib Pengerusi DAP Negeri Zairil Khir Johari dan Penasihat DAP Lim Guan Eng di sini hari ini.

Pada masa sama, Sim berkata Pulau Pinang akan menjadi permulaan kepada inisiatif baharu itu bagi menambah baik sistem sokongan kepada pekerja.

"Pusat sehenti ini akan diwujudkan di seluruh negara, namun projek perintis ini akan dimulakan di Pulau Pinang dan saya akan bekerjasama dengan kerajaan negeri berhubung perkara ini," katanya.

Sementara itu, majlis hari ini dihadiri kira-kira 1,000 tetamu termasuk para pemimpin parti negeri di bawah Kerajaan Perpaduan.

-- BERNAMA

Popular Posts - Last 7 days

Popular Posts - Last 30 days

Blog Archive

LIVE VISITOR TRAFFIC FEED

A visitor from Kuala lumpur viewed 'What Happens When The Pope Dies Inside Vatican Cit' 59 mins ago
A visitor from Petaling jaya viewed 'Pope Francis Breaks Tradition With Final Wish; Pon' 1 hr 1 min ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'Polis cari suspek curi beg duit di Pasar Siti Khad' 3 hrs 49 mins ago
A visitor from Bandar seri begawan viewed 'Pelakon Pukul Kekasih - Polis Buka Kertas Siasatan' 5 hrs 7 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed '8 Termasuk Seorang Wanita Ditahan Kes Pukul | BEST' 5 hrs 17 mins ago
A visitor from Kajang viewed 'Wanita 'Panjang Tangan' Ditangkap | BEST FBKL' 5 hrs 28 mins ago
A visitor from Batu caves viewed 'BEST FBKL' 5 hrs 51 mins ago
A visitor from Hemel hempstead viewed 'PERGADUHAN DI PESTA SONGKRAN DAMANSARA | BEST FBKL' 6 hrs 4 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'What Happens When The Pope Dies Inside Vatican Cit' 6 hrs 4 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'Harga emas lonjak lebih AS$3,400, catat rekod tert' 6 hrs 18 mins ago