Translate

13 April 2025

Anak syarikat konglomerat pembinaan didenda RM50,000 curi bekalan air terawat milik AKSB



Anak syarikat konglomerat pembinaan didenda RM50,000 curi bekalan air terawat milik AKSB

Bernama

13/04/2025


Hakim Zulkifli Abllah menjatuhkan hukuman tersebut terhadap syarikat itu, yang diwakili Pengurus Projek Yang Chuangang, 51, selaku Orang Kena Saman (OKS). - Foto BERNAMA


KOTA BHARU: Sebuah anak syarikat konglomerat kejuruteraan pembinaan China didenda RM50,000 oleh Mahkamah Sesyen di sini, hari ini atas kesalahan mencuri bekalan air terawat milik Air Kelantan Sdn Bhd (AKSB) untuk pembangunan kondominium mewah, di sini.

Hakim Zulkifli Abllah menjatuhkan hukuman tersebut terhadap syarikat itu, yang diwakili Pengurus Projek Yang Chuangang, 51, selaku Orang Kena Saman (OKS).

Hukuman diputuskan selepas mengambil kira pengakuan bersalah syarikat terbabit serta pembayaran ganti rugi sebanyak RM42,690 kepada AKSB, sebelum prosiding bermula.

Syarikat itu didakwa secara menyalahi undang-undang membuat sambungan ke sesalur utama awam tanpa kebenaran AKSB bertempat di Seksyen 12, Bandar Kota Bharu, pada 11 Sept 2019.

Berdasarkan fakta kes, operasi serbuan dijalankan Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN) bersama AKSB selepas menerima aduan rasmi. Hasil pemeriksaan mendapati bekalan air terawat digunakan sepenuhnya di tapak tersebut.

Punca air terawat tersebut digunakan untuk menjalankan kerja-kerja pembinaan berskala besar oleh syarikat itu sebagai kontraktor utama sejak Mac 2017.

Pertuduhan dikemukakan mengikut Seksyen 123(1) Akta Industri Perkhidmatan Air 2006 dan boleh dihukum di bawah Seksyen 123(3) akta sama, yang memperuntukkan hukuman maksimum denda RM100,000 atau penjara setahun atau kedua-duanya.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya SPAN Mohd Suhairy Zakaria dan Pegawai Pendakwa SPAN Thilaga Shanmugam, manakala syarikat itu tidak diwakili peguam.

Terdahulu, Thilaga berkata syarikat itu melakukan kesalahan atas dasar keuntungan komersial semata-mata bagi menjayakan projek pembangunan keseluruhan bernilai RM89 juta dan bukan atas keperluan mendesak.

"Penggunaan air terawat secara haram oleh syarikat ini menyebabkan kerugian besar kepada AKSB, sekali gus membebankan kos operasi penyediaan air bersih di negeri ini.

"Dalam jangka masa panjang, kehilangan air tidak berhasil ini akan menjejaskan keupayaan operator seperti AKSB untuk menaik taraf infrastruktur, meluaskan rangkaian bekalan ke kawasan pedalaman serta memberikan perkhidmatan lebih efisien kepada rakyat," katanya.

Beliau berkata mahkamah wajar mengambil kira pendekatan serius, Parlimen melalui pindaan terkini Akta Industri Perkhidmatan Air 2006 tahun ini yang memperkukuh tindakan terhadap jenayah kecurian air dan kepentingan awam.

Sementara itu Yang menerusi jurubahasa mahkamah memohon maaf kepada AKSB dan syarikat itu berjanji tidak akan mengulangi kesalahan sama.

-- BERNAMA

Popular Posts - Last 7 days

Popular Posts - Last 30 days

Blog Archive

LIVE VISITOR TRAFFIC FEED

A visitor from Oslo viewed 'Tanah Runtuh TTDI Dinding Tembok Sebuah Sekolah An' 28 mins ago
A visitor from Oslo viewed '24 Maut, Kumpulan Bersenjata Serang Pelancong | BE' 30 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'Calon PN DUN Tioman meninggal dunia | BEST FBKL' 34 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'New Cabinet List As Announced by PM Anwar Ibrahim ' 34 mins ago
A visitor from Oslo viewed 'Malaysia-Turkiye perkukuh kerjasama bidang tenaga ' 35 mins ago
A visitor from Oslo viewed 'Sultan Nazrin berkenan rasmi Gerbang Suria UPSI | ' 39 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'Federal Court judge, Datuk Zabariah Mohd Yusof, ha' 1 hr 1 min ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'Cops nab another 'Tan Sri' over MBI investment sca' 1 hr 59 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'New Cabinet List As Announced by PM Anwar Ibrahim ' 2 hrs 17 mins ago
A visitor from Batu caves viewed 'BEST FBKL' 2 hrs 37 mins ago