Translate

04 April 2025

Nahas Terowong Menora: Polis akan rakam keterangan suami mangsa



Nahas Terowong Menora: Polis akan rakam keterangan suami mangsa

Bernama

04/04/2025


Nur Fatihah Badrul Hisham, 25, dan anaknya, Naira Falisha Abdul Rahman maut dalam nahas itu. - Gambar fail


IPOH: Polis akan merakam keterangan suami mangsa kemalangan maut di Kilometer (KM) 264 Lebuhraya Utara-Selatan (PLUS) berhampiran Terowong Menora di sini pada Ahad lepas, dalam masa terdekat.

Polis akan merakam keterangan suami mangsa kemalangan maut di KM264 Lebuhraya Utara-Selatan berhampiran Terowong Menora.

Kemalangan menyebabkan kematian Nur Fatihah Badrul Hisyam yang hamil lapan bulan dan anaknya Naira Falisya Abdul Rahman.

Pemandu yang melanggar mangsa didakwa tidak berhenti untuk membantu dan meneruskan perjalanan.

Ketua Polis Perak Datuk Noor Hisam Nordin berkata lelaki berusia 29 tahun itu, telah dibenarkan keluar dari hospital dan keterangannya akan diambil bagi membantu siasatan.

"Keluarga mangsa juga telah membuat laporan polis berhubung kejadian itu dan kita akan menghubungi lelaki itu bagi melengkapkan siasatan," katanya ketika dihubungi hari ini.

Kemalangan di KM264 arah selatan itu menyebabkan seorang wanita Nur Fatihah Badrul Hisyam, 25, yang hamil lapan bulan dan anaknya berusia dua tahun Naira Falisya Abdul Rahman meninggal dunia selepas kereta dinaiki mereka terbabas.

Naira Falisya maut di lokasi kejadian manakala Nur Fatihah disahkan meninggal dunia di Hospital Raja Permaisuri Bainun di sini.

Berdasarkan video nahas yang tular di media sosial, Nur Fatihah juga dilanggar sebuah kenderaan namun pemandu itu didakwa tidak berhenti untuk membantu mangsa, sebaliknya meneruskan perjalanan.

-- BERNAMA

Popular Posts - Last 7 days

Popular Posts - Last 30 days

Blog Archive

LIVE VISITOR TRAFFIC FEED

A visitor from Iowa viewed '19 pusat mengundi dibuka serentak' 35 mins ago
A visitor from Des moines viewed '19 pusat mengundi dibuka serentak' 35 mins ago
A visitor from Boydton viewed '19 pusat mengundi dibuka serentak' 35 mins ago
A visitor from Delaware viewed '19 pusat mengundi dibuka serentak' 37 mins ago
A visitor from Batu caves viewed 'BEST FBKL' 45 mins ago
A visitor from Shah alam viewed 'Azalina, Ewon to represent Malaysian government at' 54 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'Polis tahan enam lelaki selesai kes tembak kurang ' 1 hr 5 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'Barcelona 3-2 Real Madrid | Copa del Rey Final 202' 1 hr 5 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'Barcelona 3-2 Real Madrid | Copa del Rey Final 202' 1 hr 8 mins ago
A visitor from Oslo viewed 'Menang PRK Ayer Kuning, Mohamad Yusri terus turun ' 1 hr 16 mins ago