Translate

29 October 2015

Berikutan video samun dalam lif yang viral, polis telah menahan 7 lelaki dan seorang remaja perempuan di Jalan Ipoh,Taman Setapak dan Ampang.

Samun Dalam Lif di Setapak : Polis Tahan 8 Individu


KUALA LUMPUR, 29 Okt: Berikutan video samun dalam lif yang viral baru-baru ini, polis telah menahan 7 lelaki dan seorang remaja perempuan di Jalan Ipoh, Taman Setapak dan Ampang.

Kesemua mereka yang berusia antara 16 dan 33 tahun ditahan berdasarkan maklumat risikan dan laporan dari mangsa.

Memetik sumber Berita Harian berkata, polis menahan empat lelaki dan seorang remaja perempuan 16 tahun di sebuah hotel kira-kira jam 12 tengahhari semalam.

"Susulan penahanan itu, polis menahan tiga lelaki di Taman Setapak Indah dan Ampang, masing-masing berusia 26 tahun, 25 tahun dan 33 tahun," katanya.

Polis turut merampas motosikal model Yamaha 125, telefon bimbit, pedang samurai dan juga pelbagai barang yang digunakan untuk kegiatan jenayah.

Video kejadian ragut yang berlaku pada 17 Oktober lalu menjadi viral di media sosial dimana mangsa, seorang wanita disamun di dalam lif di Prima Setapak.

Mangsa, mengalami kecederaan di dagu dan siku sebelah kiri akibat kejadian.  -Siakapkeli.my

Popular Posts - Last 7 days

Popular Posts - Last 30 days

Blog Archive

LIVE VISITOR TRAFFIC FEED

A visitor from Bekasi viewed ''Dog in washing machine' video leads to arrest of ' 44 mins ago
A visitor from Batu caves viewed 'Tiga pegawai Imigresen ditahan kerana disyaki mene' 54 mins ago
A visitor from Urbana viewed 'Police remanded the wife and ex husband, of the la' 3 hrs 21 mins ago
A visitor from Gatchina viewed '10 ARTIS WANITA MALAYSIA YANG PALING CANTIK 2013 -' 4 hrs 13 mins ago
A visitor from Bandar seri begawan viewed 'Lelaki bebas sabitan edar 10kg dadah - Mahkamah Pe' 5 hrs 41 mins ago
A visitor from Batu caves viewed 'Tiga pegawai Imigresen ditahan kerana disyaki mene' 5 hrs 43 mins ago
A visitor from Shah alam viewed 'Akses ke KLIA Termi' 6 hrs 29 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'China's President Xi Jinping arrives in Kuala Lump' 6 hrs 54 mins ago
A visitor from Muar town viewed 'Datuk Seri Najib Razak hadir memberi penghormatan ' 6 hrs 57 mins ago
A visitor from Muar town viewed 'LIVE Perjalanan Terakhir Tun Abdullah Ahmad Badawi' 7 hrs 10 mins ago