Translate

26 October 2015

Bercumbu Sebelum Tendang Pintu Lif

Bercumbu Sebelum Tendang Pintu Lif

Malaysian Digest
KUALA LUMPUR: Sudahlah bernafsu songsang, lebih bertambah buruk akhlak apabila seorang lelaki bertindak menendang pintu sebuah lif sehingga mengalami kerosakan teruk dalam satu kejadian dipercayai berlaku di sebuah pangsapuri dekat Wangsa Maju.
Menerusi sebuah video yang tersebar di laman sosial Facebook sejak semalam, satu rakaman kamera litar tertutup (CCTV) di bangunan tersebut bukan sahaja membongkar individu yang bertanggungjawab merosakkan pintu lif itu, malah lebih mengejutkan ia turut memaparkan aksi menjijikkan pasangan gay yang bercumbu di depan lif berkenaan.
Video tersebut dimuat naik di Facebook Video Viral sehingga kini ditonton lebih 15, 000 mendapat kecaman daripada khalayak ramai ekoran perbuatan tidak bermoral pasangan songsang berkenaan, termasuk merosakkan harta benda awam.
Berdasarkan rakaman video berdurasi 1 minit 33 saat itu, pasangan gay itu pada mulanya dilihat sedang menunggu lif, selain memaparkan aksi seorang lelaki berbaju hitam mencium ‘kekasihnya’ tanpa menyedari perbuatan mereka dirakam CCTV.
Bosan terpaksa menunggu terlalu lama untuk menggunakan lif tersebut, lelaki yang memakai baju T warna merah jambu mengambil keputusan menggunakan tangga.
Bagaimanapun, pasangan gay tersebut kelihatan ‘naik hantu’ dengan bertindak menendang pintu lif berkenaan sebelum beredar dari kawasan tersebut.
Sehingga kini, identiti kedua lelaki tersebut masih belum dapat dikenal pasti.
Bagaimanapun, perbuatan tidak bermoral kedua pasangan itu nyata mengundang cemuhan orang ramai yang menyifatkan ia sebagai keterlaluan.



- mD

Popular Posts - Last 7 days

Popular Posts - Last 30 days

Blog Archive

LIVE VISITOR TRAFFIC FEED

A visitor from Oslo viewed 'To begin three-day state visi' 1 min ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'Datuk Seri Najib Razak hadir memberi penghormatan ' 10 mins ago
A visitor from Shah alam viewed 'LIVE Perjalanan Terakhir Tun Abdullah Ahmad Badawi' 10 mins ago
A visitor from Batu caves viewed 'LIVE Perjalanan Terakhir Tun Abdullah Ahmad Badawi' 14 mins ago
A visitor from Oslo viewed 'Datuk Seri Najib Razak hadir memberi penghormatan ' 14 mins ago
A visitor from Batu caves viewed 'LIVE Perjalanan Terakhir Tun Abdullah Ahmad Badawi' 24 mins ago
A visitor from Petaling jaya viewed 'Speaker Dewan Rakyat dan Dewan Negara mengadap YDP' 26 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'Former PM Abdullah Ahmad Badawi passes away TheSta' 30 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'Khazanah Nasional to acquire INCJ's stake in EDOTC' 34 mins ago
A visitor from Pulau pinang viewed 'LIVE Perjalanan Terakhir Tun Abdullah Ahmad Badawi' 38 mins ago