Translate

21 October 2015

Penggunaan Rokok Electronic Vape lebih daripada 5 Volt Boleh Tingkat Kemungkinan Kanser kata Timbalan Menteri Kesihatan

Penggunaan Vape Boleh Tingkat Kemungkinan Kanser - Dr Hilmi Yahya


KUALA LUMPUR, 20 Okt: Timbalan Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Hilmi Yahya, berkata rokok elektronik yang menjadi kegilaan ramai didapati mengandungi bahan pengawet yang boleh membawa kanser.

Menurut beliau, bahan pengawet terbabit mengandungi nikotin dan propylene glycol dan apabila dipanaskan melebihi lima volt, kombinasi terbabit akan bersifat seperti bahan pengawet.

"Ramai pengguna menghisap lebih daripada lima volt untuk mendapatkan asap yang banyak.

"Bahan pengawet itu boleh meningkatkan kemungkinan kepada kanser," katanya di Dewan Rakyat hari ini ketika menggulung perbahasan Rang Undang-Undang Profesion Kesihatan Bersekutu 2015. - Siakapkeli.my

Popular Posts - Last 7 days

Popular Posts - Last 30 days

Blog Archive

LIVE VISITOR TRAFFIC FEED