Translate

28 October 2015

Perlis menetapkan perbuatan menari untuk berzikir adalah bertentangan dengan syarak. (Video)

Perlis Putuskan Larangan Menari Ketika Berzikir Kerana Bertentangan Dengan Syarak











KANGAR: Perlis menetapkan perbuatan menari untuk berzikir adalah bertentangan dengan syarak.

Mufti Perlis, Prof Madya Dr Mohd Asri Zainal Abidin berkata larangan itu telah diputuskan menerusi mesyuarat ke-29/2015 Jawatankuasa Fatwa Negeri Perlis pada 24 dan 25 Ogos lalu.

Tegasnya perbuatan itu bertentangan dnegan nas-nas syarak dan tujuan zikir itu.

“Hal ini (menari untuk berzikir) tidak pernah dilakukan oleh Rasulullah dan generasi al-Salaf al-Soleh. Zikir hendaklah dilakukan dalam keadaan khusyuk dan tenang.

“Nas-nas yang cuba digunakan bagi membolehkan perbuatan itu seperti takwilan dalam ayat 191 surah Ali Imran, kisah Ja’far, peristiwa tarian Habasyah, tamayul oleh beberapa sahabat Nabi Muhammad SAW dan lain-lain telah ditafsirkan secara salah,” katanya.

Kata Asri, pemahaman tentang perbuatan itu telah disalahtafsir.

“Maka seorang muslim hendaklah membezakan antara menari untuk berzikir sebagai ibadat dengan zikir semasa melakukan aktiviti kehidupan. Berzikir semasa melakukan aktiviti yang baik digalakkan,” ujarnya lagi.

Beliau menambah gerakan yang berlaku secara spontan atau tamayul tanpa diniatkan sebagai ibadat semasa berzikir atau membaca Al-Quran atau lain-lain tidak dilarang. -Siakapkeli.my

Popular Posts - Last 7 days

Popular Posts - Last 30 days

Blog Archive

LIVE VISITOR TRAFFIC FEED

A visitor from Oslo viewed 'To begin three-day state visi' 1 min ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'Datuk Seri Najib Razak hadir memberi penghormatan ' 10 mins ago
A visitor from Shah alam viewed 'LIVE Perjalanan Terakhir Tun Abdullah Ahmad Badawi' 10 mins ago
A visitor from Batu caves viewed 'LIVE Perjalanan Terakhir Tun Abdullah Ahmad Badawi' 14 mins ago
A visitor from Oslo viewed 'Datuk Seri Najib Razak hadir memberi penghormatan ' 14 mins ago
A visitor from Batu caves viewed 'LIVE Perjalanan Terakhir Tun Abdullah Ahmad Badawi' 24 mins ago
A visitor from Petaling jaya viewed 'Speaker Dewan Rakyat dan Dewan Negara mengadap YDP' 26 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'Former PM Abdullah Ahmad Badawi passes away TheSta' 30 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'Khazanah Nasional to acquire INCJ's stake in EDOTC' 34 mins ago
A visitor from Pulau pinang viewed 'LIVE Perjalanan Terakhir Tun Abdullah Ahmad Badawi' 38 mins ago