Translate

06 April 2025

Shereen raih emas acara 400m di Amerika Syarikat



Shereen raih emas acara 400m di Amerika Syarikat

Bernama

06/04/2025


Atlet berusia 26 tahun yang mewakili pasukan Life Speed itu menamatkan perlumbaan dengan catatan masa 53.72 saat (s) untuk meraih emas. -Facebook


KUALA LUMPUR: Pelari wanita negara Shereen Samson Vallabuoy meraih gelaran pertamanya tahun ini apabila mengungguli kategori 400 meter (m) wanita pada Kejohanan Embry-Riddle Running Elements Classic 2025 di Florida, Amerika Syarikat.

Shereen Samson Vallabuoy meraih gelaran pertama tahun ini dalam kategori 400m wanita di Kejohanan Embry-Riddle Running Elements Classic 2025.

Shereen mencatat masa 53.72 saat untuk meraih emas, mengatasi Gabby Johnson (55.17s) dan Nevaeh Lorjuste (56.91s).

Shereen menghadapi cabaran cuaca berangin tetapi berasa baik dari segi teknikal dan berlari dengan penuh kekuatan.

Olahraga Malaysia dalam hantaran di Facebook hari ini memaklumkan atlet berusia 26 tahun yang mewakili pasukan Life Speed itu menamatkan perlumbaan dengan catatan masa 53.72 saat (s) untuk meraih emas.

Pingat perak dimenangi Gabby Johnson daripada pasukan North Florida dengan catatan masa 55.17s manakala gangsa diraih Nevaeh Lorjuste daripada pasukan Rowan (56.91s).

"Menurut Shereen, 200m pertama agak mencabar disebabkan cuaca berangin dan arah angin berlawanan.

"Namun secara keseluruhan, beliau berasakan sangat baik dari segi teknikal dan berlari dengan penuh kekuatan," menurut hantaran itu.

-- BERNAMA

Popular Posts - Last 7 days

Popular Posts - Last 30 days

Blog Archive

LIVE VISITOR TRAFFIC FEED

A visitor from Hemel hempstead viewed 'Pemandu lori direman empat hari |' 7 mins ago
A visitor from Gatchina viewed 'PNB accepts Jalil Rasheed's resignation as preside' 8 mins ago
A visitor from Batu caves viewed 'BEST FBKL' 9 mins ago
A visitor from Oslo viewed 'Kes HFMD - Kes DiJohor Terus Meningkat 8 Taman Asu' 14 mins ago
A visitor from Oslo viewed 'Ramasamy pleads not guilty to 17 counts of breach ' 24 mins ago
A visitor from Oslo viewed 'Week 17 shows 99,601 HFMD cases reported nationwid' 24 mins ago
A visitor from Oslo viewed 'Nahas FRU Tujuh Jenazah Selesai Disembahyangkan Di' 29 mins ago
A visitor from Petaling jaya viewed 'Polis rampas minuman keras bernilai RM316,595 | BE' 35 mins ago
A visitor from Putrajaya viewed 'An Exclusive Taste of Japan with Chef Fukuda Koji ' 35 mins ago
A visitor from Klang viewed 'An Exclusive Taste of Japan with Chef Fukuda Koji ' 36 mins ago