Translate

06 April 2025

Presiden Indonesia Prabowo ke Kuala Lumpur, bertemu Anwar malam ini



Presiden Indonesia Prabowo ke Kuala Lumpur, bertemu Anwar malam ini

Bernama

06/04/2025


Kunjungan Prabowo ke Kuala Lumpur adalah untuk beramah mesra sempena sambutan Hari Raya Aidilfitri. - Gambar Bernama


KUALA LUMPUR: Presiden Indonesia Prabowo Subianto dijadual mengadakan pertemuan dengan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim di ibu negara malam ini.

Setiausaha Kabinet Indonesia, Teddy Indra Wijaya berkata kunjungan Prabowo ke Kuala Lumpur adalah untuk beramah mesra sempena sambutan Hari Raya Aidilfitri.

"Prabowo sangat menghormati Anwar sebagai pemimpin senior ASEAN yang berpengalaman luas.

"Beliau (Anwar) telah memegang jawatan lebih awal, lebih berusia, dan merupakan rakan akrab kepada Presiden," katanya dalam satu kenyataan.

Teddy yang turut menyertai lawatan itu memaklumkan bahawa Presiden Prabowo akan berangkat pulang ke Jakarta sejurus selepas pertemuan itu.

"Presiden akan pulang ke Jakarta malam ini juga," jelasnya.

Sementara itu, agensi berita ANTARA melaporkan bahawa Teddy tidak memberikan jawapan yang khusus ketika ditanya mengenai kemungkinan kedua-dua pemimpin membincangkan dasar tarif import yang diumumkan baru-baru ini oleh Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump.

Beliau hanya berkata, "Kedua-dua pemimpin akan berbincang tentang pelbagai perkara."

Pada Jumaat, Anwar berkata Malaysia, selaku Pengerusi ASEAN akan mengadakan rundingan dengan beberapa negara anggota blok bagi mencapai persetujuan bersama mengenai isu tarif timbal balik, demi memastikan prinsip keadilan dapat diterapkan dalam perdagangan antarabangsa.

-- BERNAMA

Popular Posts - Last 7 days

Popular Posts - Last 30 days

Blog Archive

LIVE VISITOR TRAFFIC FEED

A visitor from Kuala lumpur viewed 'Datuk Seri Najib Razak hadir memberi penghormatan ' 5 mins ago
A visitor from Ohio viewed '3 killed, 1 injured in fiery plane crash in Boca R' 51 mins ago
A visitor from Ashburn viewed 'Proton e.MAS 7 kekal model EV paling laris di Mala' 51 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'Former PM Abdullah Ahmad Badawi passes away TheSta' 1 hr 3 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'Helicopter with Tourist Family crashes into Hudson' 1 hr 4 mins ago
A visitor from Batu caves viewed 'Datuk Seri Najib Razak hadir memberi penghormatan ' 1 hr 10 mins ago
A visitor from Oslo viewed 'Anwar, Zahid, Cabinet Ministers pays last respects' 1 hr 17 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'LIVE Perjalanan Terakhir Tun Abdullah Ahmad Badawi' 1 hr 21 mins ago
A visitor from Shah alam viewed 'To begin three-day state visi' 1 hr 26 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'Former PM Abdullah Ahmad Badawi passes away TheSta' 1 hr 31 mins ago