Translate

06 April 2025

Terperdaya skim pelaburan saham tidak wujud, pengurus syarikat hilang lebih RM650,000



Terperdaya skim pelaburan saham tidak wujud, pengurus syarikat hilang lebih RM650,000

Bernama

06/04/2025


Seorang pengurus syarikat kehilangan RM651,800 selepas terperdaya dengan skim pelaburan saham tidak wujud yang diiklankan di Facebook. -Gambar hiasan


JOHOR BAHRU: Seorang pengurus syarikat berputih mata apabila wang simpanan berjumlah RM651,800 lesap, selepas terperdaya dengan skim pelaburan saham tidak wujud yang diiklankan menerusi aplikasi Facebook, awal tahun ini.

Seorang pengurus syarikat kehilangan RM651,800 selepas terperdaya dengan skim pelaburan saham tidak wujud yang diiklankan di Facebook.

Mangsa melakukan 25 transaksi pembayaran ke tiga akaun bank berbeza dari 13 Feb hingga 27 Mac, tetapi tidak menerima sebarang pulangan dan mula berasa tertipu.

Kes disiasat di bawah Seksyen 420 Kanun Keseksaan, dan polis menasihatkan orang ramai agar lebih berwaspada dengan tawaran pelaburan yang menjanjikan pulangan terlalu lumayan.

Ketua Polis Daerah Muar ACP Raiz Mukhliz Azman Aziz berkata mangsa berusia 45 tahun itu telah tertarik dengan sebuah iklan pelaburan saham yang diiklankan di laman sosial facebook, yang menawarkan pulangan tinggi dalam tempoh singkat.

Beliau berkata mangsa bertindak menekan pautan yang diberikan dan dimasukkan ke dalam satu kumpulan WhatsApp atas nama sebuah syarikat pelaburan.

"Mangsa kemudiannya berhubung dengan lima individu berbeza menerusi aplikasi WhatsApp yang memberi penerangan lanjut mengenai pelaburan tersebut.

"Mangsa turut diminta untuk memuat turun serta mendaftar akaun pelaburan melalui satu aplikasi bagi memantau hasil pelaburannya," katanya dalam kenyataan hari ini.

Raiz Mukhliz berkata tertarik dengan pulangan lumayan yang dijanjikan, mangsa telah melakukan 25 transaksi pembayaran ke tiga akaun bank berbeza dari 13 Feb hingga 27 Mac lepas, berjumlah keseluruhan RM651,800 menggunakan wang simpanan sendiri.

Beliau berkata mangsa mula berasa tertipu apabila diminta membuat bayaran tambahan bagi menuntut keuntungan yang dijanjikan, sedangkan sepanjang tempoh tersebut mangsa tidak menerima sebarang pulangan.

"Kes disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan kerana menipu, yang memperuntukkan hukuman penjara minimum satu tahun dan maksimum 10 tahun, dengan sebatan serta denda jika sabit kesalahan.

"Polis Diraja Malaysia (PDRM) menasihatkan orang ramai agar lebih berwaspada dan tidak mudah percaya dengan tawaran pelaburan yang menjanjikan pulangan terlalu lumayan," katanya.

-- BERNAMA

Popular Posts - Last 7 days

Popular Posts - Last 30 days

Blog Archive

LIVE VISITOR TRAFFIC FEED

A visitor from Kuala lumpur viewed 'Taraf kewarganegaraan tidak diberi sewenangnya - S' 11 mins ago
A visitor from Hemel hempstead viewed 'Vietnam's Sang-sik to lead ASEAN-All Stars against' 46 mins ago
A visitor from Batu caves viewed 'BEST FBKL' 1 hr 5 mins ago
A visitor from Atlanta viewed 'Speaker Dewan Rakyat dan Dewan Negara mengadap YDP' 1 hr 5 mins ago
A visitor from Hemel hempstead viewed 'BLOOD BROTHERS CETUS FENOMENA RM9.2 JUTA KUTIPAN D' 1 hr 7 mins ago
A visitor from Batu caves viewed '103 warga asing ditahan dalam Op Kutip di Pasar Ch' 1 hr 17 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'Latest Urban Megaprojects & What' 1 hr 26 mins ago
A visitor from Selangor viewed 'BLOOD BROTHERS CETUS FENOMENA RM9.2 JUTA KUTIPAN D' 1 hr 31 mins ago
A visitor from Batu caves viewed 'BEST FBKL' 1 hr 36 mins ago
A visitor from Puchong batu dua belas viewed 'Macam Tak Percaya Berlaku Di Malaysia | BEST FBKL' 1 hr 44 mins ago