Translate

06 April 2025

Dua remaja maut lakukan aksi berbahaya motosikal



Dua remaja maut lakukan aksi berbahaya motosikal

Bernama

06/04/2025


Akibat perlanggaran itu, kedua-dua penunggang motosikal mengalami kecederaan parah di bahagian kepala dan disahkan meninggal dunia oleh Penolong Pegawai Perubatan Hospital Tumpat. - Gambar IPD TUmpat


KOTA BHARU: Dua remaja lelaki maut selepas motosikal yang ditunggang mereka bertembung dengan sebuah motosikal dari arah bertentangan dalam kejadian di Jalan Kutan, Tumpat, pada 12.15 tengah malam tadi.

Ketua Polis Daerah Tumpat, Mohd Khairi Shafie berkata siasatan awal mendapati kedua-dua remaja berusia 17 dan 16 tahun itu sedang dalam perjalanan dari arah Pasir Pekan menuju Pasir Mas.

"Mereka dipercayai melakukan aksi berbahaya dengan mengangkat tayar hadapan motosikal sambil memotong sebuah kereta.

"Tindakan itu menyebabkan mereka memasuki laluan bertentangan dan bertembung dengan motosikal yang ditunggang seorang lelaki berusia 53 tahun," katanya dalam kenyataan hari ini.

Akibat perlanggaran itu, kedua-dua penunggang motosikal mengalami kecederaan parah di bahagian kepala dan disahkan meninggal dunia oleh Penolong Pegawai Perubatan Hospital Tumpat.

Mohd Khairi berkata mayat kedua-dua mangsa telah dihantar ke Hospital Tumpat untuk bedah siasat, sementara pembonceng yang turut cedera parah pada bahagian kaki telah dirujuk ke Hospital Raja Perempuan Zainab II untuk rawatan lanjut.

Kes ini disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

-- BERNAMA

Popular Posts - Last 7 days

Popular Posts - Last 30 days

Blog Archive

LIVE VISITOR TRAFFIC FEED

A visitor from Virginia viewed 'Rundingan bersemuka tambahan kerusi Parlimen Sabah' 1 min ago
A visitor from Singapore viewed 'Rundingan bersemuka tambahan kerusi Parlimen Sabah' 6 mins ago
A visitor from Singapore viewed 'Rundingan bersemuka tambahan kerusi Parlimen Sabah' 9 mins ago
A visitor from Wyoming viewed 'Rundingan bersemuka tambahan kerusi Parlimen Sabah' 11 mins ago
A visitor from Petaling jaya viewed 'Latest Urban Megaprojects & What' 16 mins ago
A visitor from Shah alam viewed 'BEST FBKL' 16 mins ago
A visitor from Frankfurt am main viewed 'KPM tegas tangani isu salah laku seksual dalam kal' 34 mins ago
A visitor from Kajang viewed 'SATU MALAYSIA CINA, MELAYU, INDIA SOUND PEKEBUN MU' 52 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'Gempa bumi bermagnitud 7.7 landa tengah Myanmar | ' 1 hr ago
A visitor from Kajang viewed 'Rumah runtuh awal pagi, 6 sekeluarga nyaris maut |' 1 hr 2 mins ago