Translate

03 April 2025

Pencarian MH370 disambung semula pada akhir tahun ini - Loke



Pencarian MH370 disambung semula pada akhir tahun ini - Loke

Bernama

03/04/2025


Menurut Loke, operasi pencarian dihentikan buat masa ini atas alasan keadaan cuaca dan ia dijangka disambung semula pada hujung tahun ini. - Foto Astro AWANI


SEPANG: Kerajaan Malaysia telah mencapai persetujuan dengan Ocean Infinity (United Kingdom) untuk menyambung semula pencarian bangkai pesawat bagi penerbangan MH370 milik Malaysia Airlines yang hilang pada 2014.

Menteri Pengangkutan Anthony Loke berkata perjanjian berhubung perkara itu dimeterai minggu lepas.

Beliau juga mengesahkan bahawa operasi pencarian itu buat masa ini dihentikan atas alasan keadaan cuaca yang tidak mengizinkan dan ia dijangka disambung semula pada hujung tahun ini.

Loke berkata demikian pada sidang media semalam selepas menyambut ketibaan penerbangan pertama British Airways ke Malaysia setelah lima tahun tidak beroperasi di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) di sini.

Beliau mengulas pengumuman pencarian bangkai pesawat malang itu telah ditangguhkan hingga musim panas akan datang di Hemisfera Selatan yang dibuat oleh Persatuan Ahli Keluarga Penumpang dan Anak Kapal MH370.

Persatuan itu memetik keadaan cuaca yang tidak mengizinkan dan komitmen Ocean Infinity sebelum ini sebagai punca di sebalik penangguhan operasi tersebut.

Sebelum ini, kerajaan telah bersetuju dengan terma dan syarat perjanjian perkhidmatan Ocean Infinity atas prinsip no find, no fee.

Ini bermakna Kerajaan Malaysia hanya perlu membayar Ocean Infinity sebanyak USD70 juta jika bangkai pesawat itu berjaya ditemukan.

Syarikat robotik marin itu mengambil bahagian dalam operasi pencarian MH370 sejak Januari 2018 yang meliputi kawasan lebih 112,000 kilometer persegi di dasar laut selatan Lautan Hindi sebelum menghentikan misi pada 29 Mei tahun sama.

Pesawat itu hilang pada 8 Mac 2014 setelah berlepas dari Kuala Lumpur menuju ke Beijing, China dengan 239 penumpang serta anak kapal.

-- BERNAMA

Popular Posts - Last 7 days

Popular Posts - Last 30 days

Blog Archive

LIVE VISITOR TRAFFIC FEED

A visitor from Singapore viewed 'Former PM Abdullah Ahmad Badawi passes away TheSta' 14 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'Dua Kanak-Kanak 12 Tahun Maut Dalam Nahas Dua Kend' 1 hr 13 mins ago
A visitor from Petaling jaya viewed 'Agong zahir ucapan Selamat Hari TLDM ke-91 | BEST ' 1 hr 15 mins ago
A visitor from Batu caves viewed 'BEST FBKL' 2 hrs 12 mins ago
A visitor from Oslo viewed 'Sepak terajang sebelum final Piala Malaysia | BEST' 2 hrs 15 mins ago
A visitor from Petaling jaya viewed 'AKPS perlu masa penyesuaian untuk laksana fungsiny' 3 hrs 32 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'List of The Yang Di-Pertuan Agong's | BEST FBKL' 3 hrs 46 mins ago
A visitor from Dublin viewed 'Isu kenaikan ETAP petugas kesihatan dijangka dimuk' 3 hrs 51 mins ago
A visitor from Edison viewed 'Isu kenaikan ETAP petugas kesihatan dijangka dimuk' 3 hrs 52 mins ago
A visitor from Aptos viewed 'KKM pantau rapi tarif baharu AS, fokus peranti per' 3 hrs 52 mins ago