Translate

06 April 2025

Mayat lelaki reput ditemukan bersebelahan motosikal di Kuala Krai



Mayat lelaki reput ditemukan bersebelahan motosikal di Kuala Krai

Bernama

05/04/2025


Mayat seorang lelaki berusia 59 tahun ditemukan bersebelahan sebuah motosikal di Kilometer 65, Jalan Kota Bharu-Gua Musang, berhampiran ladang kelapa sawit selepas simpang tiga Sungai Durian, Kuala Krai, petang tadi. - Gambar fail


KOTA BHARU: Mayat seorang lelaki berusia 59 tahun ditemukan bersebelahan sebuah motosikal di Kilometer 65, Jalan Kota Bharu-Gua Musang, berhampiran ladang kelapa sawit selepas simpang tiga Sungai Durian, Kuala Krai, petang tadi.

Ketua Polis Daerah Kuala Krai Supt Mazlan Mamat berkata pihaknya menerima panggilan daripada Bilik Gerakan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuala Krai pada 2.55 petang mengenai penemuan itu.

Beliau berkata mangsa dipercayai menunggang motosikal secara bersendirian sebelum terbabas dan jatuh ke dalam longkang di lokasi kejadian.

"Ketika ditemukan, mangsa masih memakai topi keledar dan mayatnya sudah mula mereput serta menampakkan tulang.

"Siasatan awal mendapati mangsa dalam perjalanan dari Kuala Krai menuju ke rumahnya di Kampung Keroh," katanya dalam kenyataan hari ini.

Difahamkan, mangsa merupakan individu yang dilaporkan hilang oleh isterinya pada 1 April lepas setelah keluar rumah pada 30 Mac untuk bertemu rakan di Kuala Krai namun tidak pulang.

Mazlan berkata mayat lelaki itu dibawa ke Unit Forensik Hospital Sultan Ismail Petra, Kuala Krai untuk bedah siasat.

"Kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 dan orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan kejadian berkenaan diminta tampil ke Balai Polis Trafik IPD Kuala Krai atau menghubungi Pegawai Penyiasat Insp Mohamad Amirul Izham Azlan di talian 09-9666222," katanya.

-- BERNAMA

Popular Posts - Last 7 days

Popular Posts - Last 30 days

Blog Archive

LIVE VISITOR TRAFFIC FEED

A visitor from Pulau pinang viewed 'Rupanya Mat Motor Tiga Orang Tu PoIis | BEST FBKL' 3 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'PTPTN terus bantu peminjam selesai hutang melalui ' 15 mins ago
A visitor from Shah alam viewed 'PTPTN terus bantu peminjam selesai hutang melalui ' 19 mins ago
A visitor from Pulau pinang viewed 'Kedatangan semula Manchester United satu detik ber' 19 mins ago
A visitor from Batu caves viewed 'BEST FBKL' 34 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'Helicopter with Tourist Family crashes into Hudson' 57 mins ago
A visitor from Alabama viewed 'Pulau Pinang tubuh pasukan khas pantau tarif, beke' 1 hr 2 mins ago
A visitor from Shah alam viewed 'Pulau Pinang tubuh pasukan khas pantau tarif, beke' 1 hr 2 mins ago
A visitor from Los angeles viewed 'Turkiye teruskan kerjasama dengan Indonesia berkai' 1 hr 18 mins ago
A visitor from Las vegas viewed 'PTPTN terus bantu peminjam selesai hutang melalui ' 1 hr 20 mins ago