Translate

11 April 2025

Sekutu Jho Low masukkan wang tunai ke dalam akaun Najib - Saksi



Sekutu Jho Low masukkan wang tunai ke dalam akaun Najib - Saksi

Bernama

10/04/2025


Sekutu Jho Low, Kee Kok Thiam dalam satu keterangan mengaku memasukkan wang tunai ke dalam akaun Najib. - Gambar fail


PUTRAJAYA: Mahkamah Tinggi hari ini diberitahu bahawa seorang sekutu ahli perniagaan yang sedang diburu pihak berkuasa Low Taek Jho atau Jho Low, memasukkan wang tunai ke dalam akaun Datuk Seri Najib Tun Razak, antara 2014 dan 2015.

Pegawai penyiasat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Raywel Anduroh membuat pengakuan itu apabila timbalan pendakwa raya Deepa Nair Thevaharan membaca sebahagian kenyataan sekutu Jho Low itu, mendiang Kee Kok Thiam.

Raywel berkata pada 2023 beliau merekodkan kenyataan daripada Kok Thiam dan lelaki itu mengaku memasukkan wang tunai ke dalam akaun bekas perdana menteri itu, seperti yang diarahkan oleh Nik Faisal Ariff Kamil.

Nik Faisal adalah bekas Ketua Pegawai Pelaburan 1MDB, yang diberi kuasa untuk menguruskan akaun Najib.

Raywel juga berkata Kok Thiam memberitahu SPRM bahawa beliau bimbang selepas kerajaan Pakatan Harapan memenangi pilihan raya umum 2018.

"Dia beritahu kami yang dia mendapat tahu bahawa Tun Dr Mahathir Mohamad menjadi perdana menteri, dan dia bimbang Datuk Seri Najib mungkin disiasat. Kok Thiam juga berkata Jho Low meminta supaya dia dan yang lain tidak pulang ke Malaysia dan ikuti perkembangan politik negara seterusnya," kata saksi itu.

Raywel berkata Jho Low mendakwa sekiranya Kok Thiam pulang ke tanah air, dia akan disiasat berhubung deposit tunai pada 2014 dan 2015 itu.

Saksi itu mengesahkan bahawa Kok Thiam meninggal dunia pada 29 Mei 2023 tidak lama selepas kembali ke Malaysia.

Pada 30 Okt tahun lepas, Hakim Sequerah mengarahkan Najib untuk membela diri selepas memutuskan bahawa pihak pendakwaan telah membuktikan kes prima facie terhadapnya.

Najib, 71, sedang membela diri terhadap empat pertuduhan menggunakan kedudukan beliau ketika itu untuk memperoleh suapan berjumlah RM2.3 bilion dana 1MDB dan 21 pertuduhan pengubahan wang haram membabitkan jumlah sama.

Perbicaraan bersambung Selasa depan.

-- BERNAMA

Popular Posts - Last 7 days

Popular Posts - Last 30 days

Blog Archive

LIVE VISITOR TRAFFIC FEED

A visitor from Kuala lumpur viewed 'Roger Ng beritahu mahkamah dia kenal Jho Low sejak' 9 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'Ismail sabri selesai beri keterangan tujuh jam di ' 11 mins ago
A visitor from Batu caves viewed 'BEST FBKL' 13 mins ago
A visitor from Dundee viewed 'Malaysian Chicken Curry Named World's Best Stew | ' 37 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'Malaysian Chicken Curry Named World's Best Stew | ' 1 hr 45 mins ago
A visitor from Shah alam viewed 'Malaysian Chicken Curry Named World's Best Stew | ' 1 hr 53 mins ago
A visitor from Omsk viewed '10 ARTIS WANITA MALAYSIA YANG PALING CANTIK 2013 -' 2 hrs 3 mins ago
A visitor from Shah alam viewed 'Malaysian Chicken Curry Named World's Best Stew | ' 2 hrs 56 mins ago
A visitor from Edison viewed 'Ringgit dibuka rendah berbanding dolar AS | BEST F' 3 hrs 45 mins ago
A visitor from Putrajaya viewed '"Instafamous Papaicici" fined RM3,000 for Offering' 4 hrs 15 mins ago