Translate

12 April 2025

PTPTN terus bantu peminjam selesai hutang melalui pelbagai kaedah



PTPTN terus bantu peminjam selesai hutang melalui pelbagai kaedah

Bernama

12/04/2025


PTPTN akan terus membantu peminjam menyelesaikan hutang melalui rundingan pembayaran balik yang lebih fleksibel dan tidak membebankan menerusi pelbagai pendekatan serta kaedah. - Gambar fail/BERNAMA


KUALA LUMPUR: Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) akan terus membantu peminjam menyelesaikan hutang melalui rundingan pembayaran balik yang lebih fleksibel dan tidak membebankan menerusi pelbagai pendekatan serta kaedah.

Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) dalam kenyataan pada Jumaat memaklumkan, pendekatan penuh empati yang dilaksanakan PTPTN adalah bagi memastikan semua ruang diberikan kepada peminjam untuk melunaskan hutang, selari dengan nilai teras Malaysia MADANI iaitu Ihsan.

"Ini juga bagi memastikan pendidikan tinggi di negara ini kekal inklusif, mampan dan relevan untuk generasi akan datang.

"Justeru, kementerian menyambut baik cadangan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim bahawa kerajaan sedang mempertimbangkan untuk mengkaji semula kadar pinjaman serta terma pembayaran balik hutang PTPTN bagi membantu peminjam dengan lebih baik, selain menangani isu hutang tertunggak yang tinggi," menurut kenyataan itu.

Menurut KPT, hutang keseluruhan PTPTN ketika ini mencecah RM40 bilion, manakala hutang tertunggak berjumlah RM11 bilion.

KPT turut menyedari keluhan pelajar dan sedang meneliti secara menyeluruh kemampanan serta kedudukan kewangan PTPTN dalam usaha mengkaji semula kadar pinjaman yang ditawarkan.

"KPT melalui institusi pengajian tinggi masing-masing turut peka dan menyediakan bantuan sewajarnya kepada pelajar yang berkeperluan dan menghadapi kesukaran sepanjang pengajian," katanya.

Terdahulu, Anwar dalam ucapannya sempena program 'Meet Anwar@UIAM: A Special Homecoming' di Pusat Aktiviti Kebudayaan, Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), Kampus Gombak, berkata kerajaan sedang menimbangkan kajian semula kadar pinjaman dan terma bayaran balik PTPTN demi membantu peminjam serta menangani isu tunggakan pinjaman yang tinggi.

-- BERNAMA

Popular Posts - Last 7 days

Popular Posts - Last 30 days

Blog Archive

LIVE VISITOR TRAFFIC FEED

A visitor from Washington viewed 'Bekas Panglima Angkatan Tentera dilantik Pengerusi' 18 mins ago
A visitor from Kajang viewed 'Kalau tidak mampu jangan pegang kuasa - Hannah | B' 20 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'Datuk ditahan sekali lagi kemuka butir matan palsu' 30 mins ago
A visitor from Los angeles viewed 'Ringgit meningkat berbanding dolar AS | BEST FBKL' 39 mins ago
A visitor from Ashburn viewed 'BEST FBKL' 39 mins ago
A visitor from Ashburn viewed 'Ringgit meningkat berbanding dolar AS | BEST FBKL' 40 mins ago
A visitor from Nevada viewed 'Ringgit meningkat berbanding dolar AS | BEST FBKL' 40 mins ago
A visitor from Los angeles viewed 'Ringgit meningkat berbanding dolar AS | BEST FBKL' 41 mins ago
A visitor from Shah alam viewed 'Sarawak dan Airbus jalin kerjasama strategik, enam' 42 mins ago
A visitor from Kathmandu viewed 'Kerajaan MADANI terus pergiat usaha sokong anak se' 47 mins ago