Translate

11 April 2025

Kebakaran gas Putra Heights: Belum 'selesai' masalah, penduduk terjejas kini dilanda banjir



Kebakaran gas Putra Heights: Belum 'selesai' masalah, penduduk terjejas kini dilanda banjir

Bernama

11/04/2025


Keadaan di Kampung Tengah Puchong yang dilanda banjir akibat hujan lebat sejak Khamis malam. - Foto JBPM Puchong


KUALA LUMPUR: Belum habis sengsara akibat kebakaran saluran gas yang berlaku pada hari kedua Aidilfitri, penduduk di Kampung Tengah Puchong, dilanda banjir pula sejak malam tadi.

Mengikut perkongsian secara langsung pengguna TikTok Qal Luniey, air mula naik di kawasan kampungnya sejak malam tadi akibat hujan lebat.

"Memang masa kebakaran saluran gas, rumah saya pun terjejas, bumbung semua habis bocor.

"Tetapi masa kebakaran hari itu, saya tidak berada di rumah, saya berada di kampung, hanya rumah terjejas," katanya yang menambah bahawa beliau dan keluarganya kembali semula ke rumahnya, Ahad lepas.

Qal Luniey berkata beliau tinggal di rumah itu bersama tiga ahli keluarganya, setakat 10 pagi ini air banjir masih di paras lutut, namun sudah mulai surut secara perlahan.

Qal Luniey berkata kampung itu juga sebelum ini pernah dilanda banjir.

Insiden kebakaran saluran paip gas yang berlaku pukul 8.10 pagi pada 1 April lepas, menyebabkan api menjulang setinggi lebih 30 meter dengan suhu mencecah 1,000 darjah Celsius dan mengambil masa hampir lapan jam untuk dipadamkan sepenuhnya.

Insiden itu mengakibatkan 81 rumah musnah sepenuhnya dengan kerosakan struktur melebihi 40 peratus, 81 separa musnah, 57 terkesan tetapi tidak terbakar, manakala 218 rumah tidak terjejas, termasuk di Kampung Tengah Puchong ini.

-- BERNAMA

Popular Posts - Last 7 days

Popular Posts - Last 30 days

Blog Archive

LIVE VISITOR TRAFFIC FEED

A visitor from Shah alam viewed 'MUTTON VARUVAL RECIPE - A MALAYSIAN FAVOURITE | BE' 2 mins ago
A visitor from Shah alam viewed 'Wanita 'Panjang Tangan' Ditangkap | BEST FBKL' 5 mins ago
A visitor from Rawang viewed 'Police investigate viral video of angry woman hitt' 9 mins ago
A visitor from Shah alam viewed 'Penjual bunga di kuil disamun kumpulan lelaki bers' 17 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'BMW Tunjuk Samseng Block Bas | BEST FBKL' 19 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'Samun Bersenjata Parang Di Taska | BEST FBKL' 19 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'Wanita 'Panjang Tangan' Ditangkap | BEST FBKL' 21 mins ago
A visitor from Batu caves viewed 'BEST FBKL' 22 mins ago
A visitor from Shah alam viewed 'Rundingan bersemuka tambahan kerusi Parlimen Sabah' 1 hr 28 mins ago
A visitor from Bandar seri begawan viewed 'PERGADUHAN DI PESTA SONGKRAN DAMANSARA | BEST FBKL' 2 hrs ago