Translate

11 April 2025

Orang ramai dijemput hadir Sambutan Aidilfitri MADANI di Pahang malam ini



Orang ramai dijemput hadir Sambutan Aidilfitri MADANI di Pahang malam ini

Bernama

11/04/2025


Majlis Sambutan Aidilfitri MADANI 2025 akan diteruskan di Kelantan dan Pulau Pinang pada 12 April, Sarawak (19 April), Perak (25 April) dan Perlis (27 April). --fotoBERNAMA


KUANTAN: Orang ramai khususnya rakyat negeri ini dijemput untuk bersama-sama hadir memeriahkan Majlis Sambutan Aidilfitri MADANI 2025 yang akan berlangsung di Pantai Batu Hitam, Beserah, di sini malam ini.

Menjadi negeri kedua penganjurannya selepas Melaka, program yang dijadualkan pada 7 malam hingga 10.30 malam itu, akan dirasmikan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Majlis itu merupakan kerjasama Kerajaan Pahang selaku tuan rumah dan Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW).

Berlatarkan keindahan pantai sebagai lokasi di Pahang, sambutan Aidilfitri MADANI di negeri Tok Gajah itu bukan sahaja menyerlahkan keunikan suasana, malah yang pastinya akan menjadi medan terbaik untuk merapatkan lagi hubungan antara rakyat dan pemimpin.

Ini juga sekali gus mencerminkan keterbukaan Kerajaan MADANI pimpinan Perdana Menteri untuk mendengar sendiri suara rakyat dalam suasana penuh muhibah dan silaturahim, selain pada masa sama berkongsi kebahagiaan kepada golongan kurang bernasib baik untuk turut sama merasai kemeriahan perayaan.

Majlis yang dijangka menarik kedatangan 10,000 pengunjung dari Pahang dan negeri berhampiran, pada masa sama turut menjadi wadah untuk meraikan kemajmukan budaya Malaysia dalam memperkukuh lagi nilai keharmonian serta kesejahteraan masyarakat.

Majlis sambutan Aidilfitri itu juga akan disajikan dengan pelbagai juadah yang sinonim dengan hari raya antaranya lemang, sate, nasi himpit, kuah kacang dan sebagainya, bakal memberikan kepuasan kepada pengunjung.

Sambutan turut diserikan dengan persembahan artis popular jemputan antaranya Hael Husaini, Datuk M. Nasir, Nadeera Zaini, Mawi, Daiyan Trisha, D' Rural Band, CSE Buskers dan Kelab Kebudayaan Negeri Pahang.

Majlis Sambutan Aidilfitri MADANI 2025 akan diteruskan di Kelantan dan Pulau Pinang pada 12 April, Sarawak (19 April), Perak (25 April) dan Perlis (27 April).

-- BERNAMA

Popular Posts - Last 7 days

Popular Posts - Last 30 days

Blog Archive

LIVE VISITOR TRAFFIC FEED

A visitor from Batu caves viewed 'BEST FBKL' 5 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'Cops nab another 'Tan Sri' over MBI investment sca' 12 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'Pope Francis has died on Easter Monday at the age ' 54 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'MACC trace RM30' 1 hr 7 mins ago
A visitor from Shah alam viewed 'Federal Court judge, Datuk Zabariah Mohd Yusof, ha' 1 hr 13 mins ago
A visitor from Batu caves viewed 'BEST FBKL' 1 hr 26 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'KES PENGANIAYAAN ZAYN RAYYAN DAUN PULAI DITEMUI DA' 1 hr 37 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed '2 Wanita Direman Urus Proses Beli Bayi, Sedia Siji' 1 hr 53 mins ago
A visitor from Jakarta viewed '10 ARTIS WANITA MALAYSIA YANG PALING CANTIK 2013 -' 2 hrs 11 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'Gempa bumi bermagnitud 7.7 landa tengah Myanmar | ' 2 hrs 31 mins ago