Translate

06 April 2025

Nahas Terowong Menora: Pemandu kereta merah tampil beri keterangan



Nahas Terowong Menora: Pemandu kereta merah tampil beri keterangan

Bernama

05/04/2025


Ketua Polis Daerah Ipoh ACP Abang Zainal Abidin Abang Ahmad berkata keterangan itu telah dirakam di Ibu Pejabat Polis Daerah Ipoh semalam. - BERNAMA


IPOH: Pemandu kereta berwarna merah yang dikaitkan dengan kemalangan maut di KM264 Lebuhraya Utara-Selatan berhampiran Terowong Menora di sini Ahad lepas, tampil beri keterangan bagi membantu siasatan.

Ketua Polis Daerah Ipoh ACP Abang Zainal Abidin Abang Ahmad berkata keterangan itu telah dirakam di Ibu Pejabat Polis Daerah Ipoh semalam.

"Siasatan lanjut sedang dijalankan bagi menilai keterlibatan kenderaan terbabit dalam kejadian," katanya dalam kenyataan hari ini.

Selain itu, beliau berkata pemandu kereta jenis Perodua Bezza, yang juga suami kepada mangsa yang maut dalam nahas itu dimaklumkan masih mengalami trauma kesan daripada kejadian.

"Lelaki itu menghadapi kesukaran untuk memberi keterangan kerana terdapat 15 jahitan di dalam mulut. Dia masih tinggal bersama keluarganya di Tanjung Malim," katanya dalam kenyataan malam ini.

Abang Zainal Abidin berkata ahli keluarga mangsa juga telah membuat satu laporan polis pada 10.42 malam semalam berkaitan kehilangan barang kemas milik mangsa dan kes berkenaan kini dalam siasatan.

"Polis mengesahkan siasatan sedang dijalankan di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

"Pelbagai sudut termasuk laporan forensik, keterangan saksi dan rakaman kamera papan pemuka sedang dianalisis untuk mendapatkan gambaran sebenar kejadian," katanya.

Kemalangan di KM264 arah selatan itu menyebabkan seorang wanita Nur Fatihah Badrul Hisyam, 25, yang hamil lapan bulan dan anaknya berusia dua tahun Naira Falisya Abdul Rahman meninggal dunia selepas kereta dinaiki mereka terbabas.

Naira Falisya maut di lokasi kejadian manakala Nur Fatihah disahkan meninggal dunia di Hospital Raja Permaisuri Bainun di sini.

Berdasarkan video nahas yang tular menerusi media sosial, Nur Fatihah juga dilanggar sebuah kenderaan, namun pemandu itu didakwa tidak berhenti untuk membantu mangsa sebaliknya meneruskan perjalanan.

-- BERNAMA





Popular Posts - Last 7 days

Popular Posts - Last 30 days

Blog Archive

LIVE VISITOR TRAFFIC FEED

A visitor from Putrajaya viewed 'Man Accused Of Trying To Open Door Twice On Flight' 18 mins ago
A visitor from Petaling jaya viewed 'JAKIM does not issue halal certification for beer-' 46 mins ago
A visitor from Subang jaya viewed 'BEST FBKL' 1 hr 33 mins ago
A visitor from St petersburg viewed 'Tukang cat didenda RM4,000 muat naik video ugut te' 2 hrs 8 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'GARA - GARA TERTEKAN PEDAL MINYAK TEKSI REMPUH BAN' 4 hrs 27 mins ago
A visitor from Cambridge viewed 'One of the two women in the Viral Pictures Noorhai' 6 hrs 14 mins ago
A visitor from St petersburg viewed '10 Remaja Lelaki Rogol Kanak- Kanak 12 Tahun(1 Vid' 8 hrs 55 mins ago
A visitor from Chelyabinsk viewed 'SAC Normah Ishak is now the new Royal Malaysian Po' 8 hrs 55 mins ago
A visitor from Muscat viewed '15 countries have sent trade deal p' 10 hrs 24 mins ago
A visitor from Shah alam viewed 'BAYI LELAKI MAUT TASKA TERBABIT TIDAK TERDAFTAR | ' 12 hrs 40 mins ago