Translate

06 April 2025

Malaysia dipilih anggotai Suruhanjaya Penduduk dan Pembangunan bagi penggal 2026-2030



Malaysia dipilih anggotai Suruhanjaya Penduduk dan Pembangunan bagi penggal 2026-2030

Bernama

05/04/2025


Malaysia berjaya dipilih menganggotai Suruhanjaya Penduduk dan Pembangunan (CPD) bagi penggal 2026 hingga 2030 pada Mesyuarat Majlis Ekonomi dan Sosial Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (ECOSOC) di New York pada 4 April.


PUTRAJAYA: Malaysia berjaya dipilih menganggotai Suruhanjaya Penduduk dan Pembangunan (CPD) bagi penggal 2026 hingga 2030 pada Mesyuarat Majlis Ekonomi dan Sosial Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (ECOSOC) di New York pada 4 April, menurut kenyataan Kementerian Luar.

Menurut kenyataan itu, penggal keanggotaan empat tahun Malaysia akan bermula pada Sesi ke-60 CPD pada 2026 dan berakhir pada Sesi ke-63 CPD pada 2030.

"Pemilihan Malaysia ke dalam CPD mencerminkan pengiktirafan komuniti antarabangsa terhadap peranan aktif negara dalam mempercepatkan tindakan ke arah pelaksanaan Program Tindakan Persidangan Antarabangsa Mengenai Penduduk dan Pembangunan, selain komitmen berterusan untuk memajukan dasar-dasar penduduk yang lestari demi melindungi kesihatan dan kesejahteraan rakyatnya selaras dengan prinsip keterangkuman, kesaksamaan dan penghormatan terhadap hak asasi manusia," menurut kenyataan itu.

Selaras dengan Agenda Matlamat Pembangunan Mampan 2030 , Malaysia menegaskan komitmennya untuk terus bekerjasama rapat dengan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) dan semua rakan antarabangsa dalam menangani isu-isu berkaitan penduduk melalui perkongsian pengalaman dan usaha pembangunan kapasiti.

Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) memainkan peranan penting dalam menyokong penglibatan Malaysia di CPD, terutamanya dalam memperkasa dasar berkaitan kesaksamaan gender, perancangan keluarga dan pembangunan sosial, menurut kenyataan itu.

CPD merupakan sebuah badan subsidiari kepada ECOSOC yang dianggotai 47 negara ahli yang dipilih oleh ECOSOC untuk tempoh empat tahun berdasarkan pengagihan geografi. CPD dipertanggungjawabkan untuk melaksanakan tugasan khusus dan memberi nasihat kepada ECOSOC berkaitan isu-isu penduduk dan pembangunan, menurut kenyataan itu.

-- BERNAMA

Popular Posts - Last 7 days

Popular Posts - Last 30 days

Blog Archive

LIVE VISITOR TRAFFIC FEED

A visitor from Bandar seri begawan viewed 'KPM tegas tangani isu salah laku seksual dalam kal' 18 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'PASAR BORONG SELAYANG DIGEMPUR LAGI DBKL DIBANTU I' 44 mins ago
A visitor from Seri kembangan viewed 'Malaysia hantar 35 pegawai perubata' 50 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'Taraf kewarganegaraan tidak diberi sewenangnya - S' 1 hr 39 mins ago
A visitor from Hemel hempstead viewed 'Vietnam's Sang-sik to lead ASEAN-All Stars against' 2 hrs 14 mins ago
A visitor from Batu caves viewed 'BEST FBKL' 2 hrs 33 mins ago
A visitor from Atlanta viewed 'Speaker Dewan Rakyat dan Dewan Negara mengadap YDP' 2 hrs 33 mins ago
A visitor from Hemel hempstead viewed 'BLOOD BROTHERS CETUS FENOMENA RM9.2 JUTA KUTIPAN D' 2 hrs 35 mins ago
A visitor from Batu caves viewed '103 warga asing ditahan dalam Op Kutip di Pasar Ch' 2 hrs 45 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'Latest Urban Megaprojects & What' 2 hrs 54 mins ago