Translate

06 April 2025

Indonesia, Perancis perkukuh kerjasama melalui projek utama



Indonesia, Perancis perkukuh kerjasama melalui projek utama

Bernama

06/04/2025


Prabowo (kiri) dan Macron (kanan) mencapai persetujuan untuk memperkukuh hubungan dua hala menerusi pelaksanaan projek-projek utama. - REUTERS


JAKARTA: Presiden Perancis Emmanuel Macron mencapai persetujuan dengan Presiden Indonesia Prabowo Subianto untuk memperkukuh hubungan dua hala menerusi pelaksanaan projek-projek utama, lapor agensi berita ANTARA.

"Kami telah membuat keputusan untuk mempererat hubungan antara kedua-dua negara menerusi projek-projek yang bercita-cita tinggi dan berorientasikan masa hadapan," kata Macron dalam kenyataan bertulis di platform media sosial X, pada Jumaat.

Macron turut berkata bahawa kerangka sejarah yang dibina antara Indonesia dan Perancis akan "direalisasikan semasa lawatan negara saya ke Indonesia pada penghujung Mei 2025."

Beliau menegaskan bahawa kedua-dua negara berkongsi tekad yang sama untuk memperkukuh kerjasama dalam sektor-sektor utama seperti pertahanan, ekonomi, sains, kebudayaan dan pertukaran akademik.

Perancis dan Eropah juga berminat untuk membangunkan ekonomi masa hadapan bersama Indonesia dengan mewujudkan rantaian nilai yang berdaya tahan, khususnya dalam sektor mineral kritikal serta menyokong peralihan tenaga.

Presiden Perancis itu turut menekankan komitmen bersama kedua-dua negara dalam mempromosikan keamanan dunia dan menamatkan konflik di pelbagai wilayah.

"Kami bertekad untuk memajukan keamanan dan keselamatan di Timur Tengah serta menamatkan perang Rusia ke atas Ukraine," katanya lagi.

Selain itu, beliau memaklumkan tentang rancangan kerjasama Indonesia-Perancis dalam penganjuran persidangan mengenai Gaza yang dijadual berlangsung pada Jun.

"Masa depan dibentuk melalui perkongsian yang kukuh, perdagangan terbuka dan visi bersama," kata Macron.

Pada Mac lalu, Menteri Luar Perancis Jean-Noel Barrot mengadakan pertemuan dengan rakan sejawatnya dari Indonesia, Sugiono di Jakarta bagi membincangkan hubungan dua hala serta persiapan menjelang lawatan Macron ke Indonesia pada Mei nanti.

Barrot menyatakan bahawa selain memperkukuh hubungan dua hala, Perancis juga melihat lawatan itu sebagai peluang untuk mempererat kerjasama antara ASEAN dan Kesatuan Eropah, memandangkan Indonesia merupakan tuan rumah sekretariat ASEAN dan turut memainkan peranan penting di rantau itu.

-- BERNAMA

Popular Posts - Last 7 days

Popular Posts - Last 30 days

Blog Archive

LIVE VISITOR TRAFFIC FEED

A visitor from Voronezh viewed 'Amanah Negeri Sembilan kekal pendirian tandin' 3 mins ago
A visitor from Labuan viewed 'China Failkan Saman Terhadap AS | BEST FBKL' 16 mins ago
A visitor from Bandar seri begawan viewed 'KPM tegas tangani isu salah laku seksual dalam kal' 1 hr 16 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'PASAR BORONG SELAYANG DIGEMPUR LAGI DBKL DIBANTU I' 1 hr 41 mins ago
A visitor from Seri kembangan viewed 'Malaysia hantar 35 pegawai perubata' 1 hr 47 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'Taraf kewarganegaraan tidak diberi sewenangnya - S' 2 hrs 37 mins ago
A visitor from Hemel hempstead viewed 'Vietnam's Sang-sik to lead ASEAN-All Stars against' 3 hrs 12 mins ago
A visitor from Batu caves viewed 'BEST FBKL' 3 hrs 30 mins ago
A visitor from Atlanta viewed 'Speaker Dewan Rakyat dan Dewan Negara mengadap YDP' 3 hrs 31 mins ago
A visitor from Hemel hempstead viewed 'BLOOD BROTHERS CETUS FENOMENA RM9.2 JUTA KUTIPAN D' 3 hrs 32 mins ago