Translate

06 April 2025

Aidilfitri: Trafik sesak di Lebuhraya KL-Karak, perlahan di lebuh raya utama lain



Aidilfitri: Trafik sesak di Lebuhraya KL-Karak, perlahan di lebuh raya utama lain

Bernama

06/04/2025


Aliran trafik di Lebuhraya Kuala Lumpur-Seremban sesak ketika orang ramai pulang ke kediaman masing-masing selepas bercuti sempena Aidilfitri. - Gambar/ Bernama


KUALA LUMPUR: Aliran trafik di beberapa lebuh raya utama menuju ibu negara dilaporkan sesak dan perlahan setakat 3.15 petang ini, susulan hujan lebat di sesetengah tempat dan pertambahan kereta menuju ke ibu kota selepas sambutan Aidilfitri.

Jurucakap Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM) memaklumkan aliran trafik di Lebuhraya Kuala Lumpur-Karak (KLK) sesak dari Karak hingga Lentang dan Bukit Tinggi ke Genting Sempah menghala ke ibu negara.

Beliau memaklumkan di Lebuhraya Utara Selatan (PLUS) laluan E1 arah utara, trafik perlahan dari Permatang Pauh ke Perai, Juru Autocity ke Tol Juru, Tapah ke Bidor, Sungkai ke Slim River dan Bukit Tagar ke Sungai Buaya.

"Seterusnya di Lebuhraya PLUS laluan E2 menghala utara, trafik perlahan dari Yong Peng ke Pagoh, Ayer Keroh ke Simpang Ampat, Pedas Linggi ke Port Dickson dan Southville ke Bangi.

"Manakala menghala ke selatan, kenderaan bergerak perlahan dari Nilai ke Hentian Rehat dan Rawat Seremban, Bandar Ainsdale ke Port Dickson, Pagoh ke Yong Peng dan Simpang Renggam ke Kulai," katanya.

Jurucakap itu berkata Lebuhraya Pantai Timur (LPT) 1 dan 2 di kedua-dua arah, kesemuanya masih lancar dan terkawal.

"Kesesakan juga berlaku di dalam Lembah Klang di Lebuhraya Utara Selatan Hubungan Tengah (ELITE) menghala utara dari Gamuda Cove ke Putra Heights dan menghala Selatan dari USJ ke Bandar Saujana Putra serta dari Plaza Tol Sungai Besi ke Pusat Bandar," katanya.

-- BERNAMA

Popular Posts - Last 7 days

Popular Posts - Last 30 days

Blog Archive

LIVE VISITOR TRAFFIC FEED

A visitor from Kuala lumpur viewed 'UK setuju bantu Malaysia dalam bidang teknologi, t' 23 mins ago
A visitor from Srengseng viewed 'Isu kenaikan ETAP petugas kesihatan dijangka dimuk' 1 hr 4 mins ago
A visitor from Iowa viewed 'Tindakan lanjut sele' 3 hrs 47 mins ago
A visitor from Florida viewed 'Tindakan lanjut sele' 3 hrs 50 mins ago
A visitor from Kansas viewed 'Tindakan lanjut sele' 3 hrs 53 mins ago
A visitor from Donegal viewed 'Tindakan lanjut sele' 3 hrs 53 mins ago
A visitor from Indiana viewed 'Tindakan lanjut sele' 3 hrs 54 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'Tindakan lanjut sele' 3 hrs 55 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'BN umum pertahan Ayer Kuning' 3 hrs 58 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'Lapan individu termasuk Bella mengaku salah ugut b' 5 hrs 21 mins ago