Translate

03 April 2025

Pengeluar sarung tangan Malaysia raih manfaat besar susulan pengumuman tarif Trump



Pengeluar sarung tangan Malaysia raih manfaat besar susulan pengumuman tarif Trump

Bernama

03/04/2025


Pengeluar sarung tangan Malaysia antara yang mencatatkan keuntungan tertinggi hari ini susulan pengumuman tarif oleh Amerika Syarikat. - Gambar fail/Bernama


KUALA LUMPUR: Pengeluar sarung tangan Malaysia adalah antara yang mencatatkan keuntungan tertinggi hari ini apabila perbezaan tarif Amerika Syarikat (AS) semakin melebar antara eksport Malaysia dan China ke AS, dengan kadar tarif masing-masing sebanyak 24 peratus dan sekurang-kurangnya 54 peratus.

Setakat 10.36 pagi, saham Hartalega meningkat 19 sen kepada RM2.05, Kossan Rubber melonjak 16 sen kepada RM1.80, Supermax naik 8.0 sen kepada RM11.19, dan Top Glove naik enam sen kepada 86.5 sen.

Presiden AS, Donald Trump mengumumkan tarif timbal balik yang meluas dan menandatangani perintah eksekutif yang mengenakan tarif sebanyak 24 peratus dan tambahan 34 peratus ke atas barangan import dari Malaysia dan China, yang berkuat kuasa pada 9 April.

Tarif tambahan sebanyak 34 peratus ke atas China adalah melebihi daripada 20 peratus yang telah dikenakan sebelumnya, menjadikan jumlah levi baharu itu kepada 54 peratus.

Bagi Thailand dan Indonesia, mereka masing-masing dikenakan tarif timbal balik sebanyak 36 peratus dan 32 peratus yang bakal memberi kesan kepada pengeluar sarung tangan di negara-negara berkenaan.

"Kami neutral ke arah positif terhadap perkembangan terbaharu ini, kerana secara keseluruhannya, pengeluar sarung tangan Malaysia masih mencatatkan prestasi positif. Memandangkan tarif lebih daripada 100 peratus yang dikenakan ke atas sarung tangan perubatan China pada 2025-2026, jurang harga antara pengeluar Malaysia dan China untuk eksport ke AS masih besar.

"Sehubungan itu, tidak seharusnya ada perubahan terhadap landskap industri semasa untuk pasaran AS," kata Kenanga Investment Bank Bhd dalam nota penyelidikannya hari ini.

Bank pelaburan itu berkata tarif tambahan sebanyak 34 peratus yang dikenakan ke atas China adalah sebagai tambahan kepada 60 peratus yang sedang dikenakan ke atas eksport sarung tangan getah bagi perubatan dan pembedahan China ke AS.

Ia berkata kesannya adalah positif untuk Malaysia kerana sebarang kehilangan volum di pasaran bukan AS dapat diimbangi dengan permintaan yang lebih tinggi dari AS memandangkan AS dari segi sejarah menyumbang sebanyak 35 peratus hingga 40 peratus daripada jumlah volum sarung tangan Malaysia.

"Kami percaya memandangkan ketegangan geopolitik semasa antara AS dan China serta kenaikan tarif ini, pembeli Amerika lebih cenderung untuk tidak mendapatkan bekalan mereka dari China.

"Beberapa pembeli telah mula mengalihkan pembelian mereka ke Malaysia sebagai strategi pengurusan risiko, yang berpotensi memberi manfaat kepada pemain-pemain industri Malaysia termasuk Hartalega, Kossan Rubber, Top Glove dan Supermax," tambahnya.

-- BERNAMA

Popular Posts - Last 7 days

Popular Posts - Last 30 days

Blog Archive

LIVE VISITOR TRAFFIC FEED

A visitor from Kuala lumpur viewed 'BRADER BAJU KUNING LAGAK SAMSENG | BEST FBKL' 10 mins ago
A visitor from Johor bahru viewed 'Suspek kes culik remaja 16 tahun maut ditembak di ' 17 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'Puluhan rumah rosak akibat ribut di Perak | BEST F' 41 mins ago
A visitor from Ashburn viewed 'Chinese President Xi begins 3-day state visit to M' 46 mins ago
A visitor from Ashburn viewed 'Proton e.MAS 7 kekal model EV paling laris di Mala' 46 mins ago
A visitor from Oslo viewed 'Penetapan 20 jenis sukan teras prestasi tinggi mem' 48 mins ago
A visitor from Oslo viewed 'Dakwaan projek Empangan Ulu Padas gagal tidak tepa' 48 mins ago
A visitor from Perm viewed 'A picture of a woman taking a Topless "Selfie" res' 50 mins ago
A visitor from Batu caves viewed 'BEST FBKL' 58 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'Chinese President Xi begins 3-day state visit to M' 1 hr 16 mins ago