Translate

14 April 2025

Eksekutif jualan rugi hampir RM50,000 diperdaya sindiket tawaran kerja sampingan



Eksekutif jualan rugi hampir RM50,000 diperdaya sindiket tawaran kerja sampingan

Bernama

14/04/2025


Ketua Polis Daerah Kuala Terengganu ACP Azli Mohd Noor berkata pada 12 April lalu mangsa telah melihat iklan tawaran kerja yang menarik di laman sosial Facebook. - Bernama


KUALA TERENGGANU: Seorang eksekutif jualan kerugian sebanyak RM48,530 selepas diperdaya sindiket tawaran kerja tidak wujud di media sosial.

Ketua Polis Daerah Kuala Terengganu ACP Azli Mohd Noor berkata pada 12 April lalu mangsa seorang wanita berusia 52 tahun melihat iklan tawaran kerja yang menarik di laman sosial Facebook.

Beliau berkata mangsa yang berminat telah menghubungi suspek melalui aplikasi WhatsApp untuk mendapatkan maklumat lanjut berkenaan peluang kerja berkenaan.

"Mangsa diterangkan dengan cara kerja iaitu perlu menempah bilik hotel bagi meningkatkan rating hotel berkenaan.

"Tetapi mangsa perlu membuat bayaran tempahan menggunakan wang sendiri terlebih dahulu dalam masa 10 minit sebelum wang itu dikembalikan beserta komisen yang tinggi," katanya ketika dihubungi hari ini.

Bagaimanapun, Azli berkata, suspek kemudian menghubungi mangsa dan memintanya memasukkan sejumlah wang ke akaun bank yang diarahkan bagi mendapatkan komisen dengan alasan mangsa lambat membuat pembayaran hotel.

Mangsa yang panik dan terdesak telah membuat sembilan transaksi ke empat akaun berbeza berjumlah RM48,530 menggunakan wang simpanan namun masih gagal mendapatkan bayaran komisen yang dijanjikan.

"Mangsa menyedari ditipu setelah diminta membuat beberapa lagi bayaran dengan pelbagai alasan.

"Dia kemudian membuat laporan polis pada 7.35 petang semalam. Kes disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan," katanya.

-- BERNAMA

Popular Posts - Last 7 days

Popular Posts - Last 30 days

Blog Archive

LIVE VISITOR TRAFFIC FEED

A visitor from Singapore viewed 'Sad that the legendary team won't be there next ye' 20 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'Sad that the legendary team won't be there next ye' 21 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'Sad that the legendary team won't be there next ye' 21 mins ago
A visitor from Kajang viewed 'Sad that the legendary team won't be there next ye' 24 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'Sad that the legendary team won't be there next ye' 25 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'Sad that the legendary team won't be there next ye' 26 mins ago
A visitor from Batu caves viewed 'BEST FBKL' 28 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'BN umum pertahan Ayer Kuning' 41 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'BN umum pertahan Ayer Kuning' 52 mins ago
A visitor from Medan viewed 'Penyanyi Indonesia Widi Vierratale Buka Baju, Cuma' 1 hr 9 mins ago