Translate

14 April 2025

Kerajaan terus perhebat inisiatif memberdaya komuniti India - PM Anwar



Kerajaan terus perhebat inisiatif memberdaya komuniti India - PM Anwar

Bernama

14/04/2025


Hantaran Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim sempena sambutan Tahun Baharu Tamil Chithirai, Hari Vaisakhi dan Vishu. - FB Anwar Ibrahim


KUALA LUMPUR: Kerajaan akan terus memperhebatkan inisiatif bagi memberdayakan komuniti India di negara ini melalui pelbagai program termasuk pembiayaan perniagaan kepada komuniti itu.

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata kerajaan juga akan menambah baik semua aspek penting termasuk pendidikan, penyediaan rumah ibadat dan peluang pekerjaan.

"Ini penting dalam merealisasikan hasrat memartabat masyarakat India di negara ini sekali gus meningkatkan taraf sosioekonomi masyarakat India pada masa hadapan," katanya dalam hantaran di Facebook sempena sambutan Tahun Baharu Tamil Chithirai, Hari Vaisakhi dan Vishu.

Dalam hantaran itu, Perdana Menteri turut mengucapkan Selamat Tahun Baharu Chithirai, Hari Vaisakhi dan Vishu kepada semua masyarakat Tamil, Sikh dan komuniti Malayalee yang meraikannya.

Anwar berharap semoga tahun baharu itu membawa lebih banyak kegembiraan, kesihatan yang baik dan keberkatan buat semua.

"Kita raikan kepelbagaian ini dengan rasa bangga, kerana inilah warna-warni Malaysia yang menjadikan negara kita unik dan kuat. Teruskan semangat perpaduan, itulah kekuatan sebenar kita," katanya.

Hari ini masyarakat Tamil, Malayalee dan Sikh di seluruh negara menyambut perayaan tahun baharu masing-masing iaitu Chittirai Puthandu, Vishu dan Vaisakhi.

Tahun Baharu Tamil (Chittirai Puthandu) jatuh dalam tahun bertuah 'Krothi' mengikut kalendar Hindu dan bermula pada hari ke-30 pada bulan Tamil Panguni (Ahad, 13 April).

Vishu pula menandakan permulaan tahun dalam kalendar Malayalam serta melambangkan pembaharuan, kemakmuran dan pemeliharaan warisan budaya.

Bagi penganut Sikh, Vaisakhi memperingati detik bersejarah - penubuhan Khalsa oleh Guru Gobind Singh Ji pada 1699.

-- BERNAMA

Popular Posts - Last 7 days

Popular Posts - Last 30 days

Blog Archive

LIVE VISITOR TRAFFIC FEED

A visitor from Batu caves viewed 'BEST FBKL' 8 mins ago
A visitor from Muar town viewed 'Lelaki putus jari ditetak lima lelaki bersenjata p' 11 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'Ketua Pegawai Kewangan, Dua Pegawai Polis Antara E' 29 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'KES PENGANIAYAAN ZAYN RAYYAN DAUN PULAI DITEMUI DA' 42 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'AWAS AI Speed Trap Camera's To Begin in June - The' 44 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'Skim Pelaburan Ponzi -Tan Sri, Datuk Seri Antara U' 1 hr 41 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'Ada elemen pengabaian oleh ibu bapa Zayn Rayyan - ' 1 hr 48 mins ago
A visitor from Oslo viewed 'Ramli Ngah Talib tokoh pentadbiran berpengalaman l' 2 hrs 20 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'Nombor pendaftaran A_A kutip hasil bidaan lebih RM' 2 hrs 23 mins ago
A visitor from Oslo viewed 'Empat termasuk seorang wanita didakwa membunuh | B' 2 hrs 29 mins ago