Translate

24 April 2025

Nombor pendaftaran A_A kutip hasil bidaan lebih RM24 juta - Loke



Nombor pendaftaran A_A kutip hasil bidaan lebih RM24 juta - Loke

Bernama

24/04/2025


Anthony Loke pada Majlis Pelancaran Program Latihan Pemandu Lori Pengangkut Kereta untuk Pengendalian Kenderaan EV di Port Klang Cruise Terminal hari ini. - Gambar/ Bernama


PELABUHAN KLANG: Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) mengutip hasil bidaan lebih RM24 juta bagi Nombor Pendaftaran Istimewa(NPI) Siri 'A__A' sempena sambutan ulang tahun JPJ ke-79.

Menteri Pengangkutan Anthony Loke berkata dalam tempoh lima hari bidaan berakhir semalam, A9A mencatat bidaan tertinggi dengan RM902,020, diikuti A11A (RM703,007), A8A (RM700,000), A7A (RM502,000) dan A2A (RM490,888).

"Lima nombor paling banyak dibida ialah A51A dengan 40 pembida, A101A (31), A8118A (29), manakala 1881A serta A19A masing-masing sebanyak 27 pembida," katanya pada sidang media selepas merasmikan Program Latihan Pemandu Lori Pengangkut Kereta untuk Pengendalian Kenderaan Elektrik (EV) di sini hari ini.

Loke berkata hasil bidaan NPI termasuk siri A__A akan dipulangkan semula kepada rakyat menerusi pelaksanaan inisiatif-inisiatif di bawah Kementerian Pengangkutan seperti program MyLESEN, pertukaran topi keledar dan Program FlySISWA.

Beliau berterima kasih kepada semua yang membida bagi mendapatkan NPI itu sejak bidaan dibuka secara dalam talian melalui Sistem JPJeBid pada 19 April.


-- BERNAMA

Popular Posts - Last 7 days

Popular Posts - Last 30 days

Blog Archive

LIVE VISITOR TRAFFIC FEED

A visitor from Kuala lumpur viewed 'Spanish police' 7 mins ago
A visitor from Muar town viewed '60 individu ditahan dalam operasi pencerobohan tan' 15 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'Spanish police' 1 hr 2 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'Kanak-kanak lelaki cedera parah ditikam dua kali o' 1 hr 11 mins ago
A visitor from Johor bahru viewed 'Kanak-kanak lelaki cedera parah ditikam dua kali o' 3 hrs 49 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'Spanish police' 3 hrs 51 mins ago
A visitor from San jose viewed 'June 2016' 3 hrs 51 mins ago
A visitor from San jose viewed 'September 2021' 3 hrs 51 mins ago
A visitor from San jose viewed 'Datuk Suhaimi Willing To Forgive Blogsites For Pub' 3 hrs 52 mins ago
A visitor from San jose viewed 'Tan Sri Shukry removed as the Bank Rakyat board ch' 3 hrs 52 mins ago