Translate

14 April 2025

Penetapan 20 jenis sukan teras prestasi tinggi memacu pembangunan sukan - Ahmad Zahid



Penetapan 20 jenis sukan teras prestasi tinggi memacu pembangunan sukan - Ahmad Zahid

Bernama

14/04/2025


Ahmad Zahid berkata penetapan itu menzahirkan komitmen Kerajaan MADANI dalam meningkatkan prestasi dan pencapaian atlet di peringkat antarabangsa. - Gambar fail/Bernama


PUTRAJAYA: Penetapan 20 jenis Sukan Teras Prestasi Tinggi akan memacu pembangunan sukan yang lebih cekap dengan melibatkan semua pemegang taruh sukan, kata Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.

Kerajaan menetapkan 20 jenis Sukan Teras Prestasi Tinggi untuk memacu pembangunan sukan yang lebih cekap.

Pemilihan sukan teras berdasarkan prestasi dalam kejohanan antarabangsa, pengurusan sukan, dan program pembangunan atlet.

Kementerian Perpaduan Negara memperkasa program sukan inklusif yang melibatkan pelbagai lapisan masyarakat.

Perkara itu ditetapkan dalam Mesyuarat Jawatankuasa Kabinet Pembangunan Sukan (JKPS) Bilangan 1/2025 yang dipengerusikan oleh Ahmad Zahid hari ini.

Beliau yang juga Pengerusi Jawatankuasa Kabinet Pembangunan Sukan berkata penetapan itu juga menzahirkan komitmen Kerajaan MADANI dalam meningkatkan prestasi dan pencapaian atlet di peringkat antarabangsa.

Jenis sukan yang terlibat ialah akuatik (renang dan terjun), angkat berat, badminton, berbasikal (trek), boling padang, e-sukan, gimnastik (artistik dan gimrama), hoki, karate, memanah, menembak, olahraga, pelayaran, ping pong, sepak takraw, silat, skuasy, taekwondo, tenpin boling dan wushu.

"Senarai ini akan dinilai semula setiap empat tahun mengikut kitaran temasya Sukan Olimpik," katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Ahmad Zahid berkata pemilihan sukan teras itu adalah berdasarkan beberapa kriteria utama seperti penyertaan dan prestasi dalam kejohanan antarabangsa, pengurusan sukan, serta program pembangunan atlet.

"Saya percaya penetapan ini dapat memberi impak yang signifikan kepada pembangunan ekosistem sukan negara dengan menjadikannya rujukan utama kepada semua kementerian dan agensi dalam perancangan program, peruntukan sumber, serta pelaksanaan dasar berkaitan pembangunan sukan," katanya.

Ahmad Zahid berkata, mesyuarat itu bersetuju agar Kementerian Perpaduan Negara terus memperkasa usaha memperluas program sukan secara inklusif yang melibatkan pelbagai lapisan masyarakat.

Beliau berkata program itu menekankan nilai kebersamaan dengan menyediakan platform integrasi yang merentasi sempadan kaum, agama, dan sosioekonomi.

Selain itu, Ahmad Zahid berkata mesyuarat itu turut membincangkan perancangan program sukan elektronik oleh Kementerian Belia dan Sukan bagi tahun ini serta pengukuhan pelaksanaan Dasar Satu Murid Satu Sukan (1M1S) oleh Kementerian Pendidikan.

"Usaha ini menunjukkan kesungguhan kerajaan dalam mencungkil bakat-bakat baharu dalam pelbagai disiplin sukan," katanya.

-- BERNAMA

Popular Posts - Last 7 days

Popular Posts - Last 30 days

Blog Archive

LIVE VISITOR TRAFFIC FEED

A visitor from Shah alam viewed 'Pemandu Mitsubishi Triton langgar lari wanita hing' 31 mins ago
A visitor from Shah alam viewed 'Cacing ditemui dalam tin sardin jenama RANESA yang' 47 mins ago
A visitor from Iowa viewed '19 pusat mengundi dibuka serentak' 1 hr 29 mins ago
A visitor from Des moines viewed '19 pusat mengundi dibuka serentak' 1 hr 29 mins ago
A visitor from Boydton viewed '19 pusat mengundi dibuka serentak' 1 hr 29 mins ago
A visitor from Delaware viewed '19 pusat mengundi dibuka serentak' 1 hr 31 mins ago
A visitor from Batu caves viewed 'BEST FBKL' 1 hr 39 mins ago
A visitor from Shah alam viewed 'Azalina, Ewon to represent Malaysian government at' 1 hr 48 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'Polis tahan enam lelaki selesai kes tembak kurang ' 1 hr 59 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'Barcelona 3-2 Real Madrid | Copa del Rey Final 202' 2 hrs ago